Selebriti yang juga pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa mendedahkan dia pernah ditertawakan beberapa individu luar negara sejurus menyatakan impian untuk membina legasi perniagaan sendiri.
Menjadikan situasi tersebut sebagai antara momen yang paling diingati, hos Next To Neelofa itu bagaimanapun kini mampu bersyukur apabila jenama Naelofar yang diusahakan kini sudah sedekad.
“Saya rasa macam mimpi apabila perniagaan yang saya dan keluarga usahakan dah berusia 10 tahun. Mimpi ini juga yang saya selitkan dalam doa saya.
“Saya masih ingat pada tahun 2014, ketika itu saya ambil ‘short course’ di Los Angeles, ketika itu saya masih belum ada perniagaan Naelofar.
“Waktu dalam kelas, mereka bertanya kepada semua pelajar antarabangsa, ada dari Hong Kong, Brazil, London, Belgium… Keluar soalan mengenai apa yang dimahukan?
“Saya menjawab saya mahu tubuhkan legasi saya sendiri, legasi perniagaan. Ketika itu, mereka gelakkan saya dalam kelas itu lalu saya pun terdiam.
“Saya tertanya, kenapa mereka ketawa? Di tahun yang saya juga, tertubuhnya Naelofar. Apabila teringat momen terbabit, saya rasa bersyukur.
“Alhamdulillah, Allah bagi juga rezeki untuk saya ada satu legasi, kini dah 10 tahun, yang mana ia akan terus didoakan supaya dikurniakan kejayaan.
“Rezeki ini bukan saya sahaja yang dapat rasa, malah keseluruhan keluarga saya yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung.
“Adik beradik, saudara mara serta orang di sekeliling seperti team, staf, stokis dan ramai lagi,” katanya.
Ads
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Stroller’ Bayi Edisi Terhad Timeless Elegance by Hamilton di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut akui dia hanya menggunakan duit sendiri serta meminjam wang keluarga untuk membina legasi perniagaan.
“Saya rasa bersyukur, sejak hari pertama perniagaan ditubuhkan, kami menggunakan modal dan keuntungan sendiri.
“Syarikat tidak pernah ambil apa-apa geran atau ‘loan’, modal sepenuhnya daripada keluarga dan duit sendiri.
“Ada juga beberapa kali diberi peluang untuk diberikan geran, namun ia tidak terjadi. Jadi modal perniagaan itu dipusingkan semula hingga sekarang.
“Walaupun ketika itu saya tiada sumber pendapatan yang masih kukuh, namun syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk tubuhkan syarikat.
Ads
“Ingat lagi, saya jual kereta pertama saya, kakak saya Nabila jual apartment dia, pinjam duit Ameera buat riviu… Semuanya dikumpulan untuk dijadikan modal.
“Begitulah kami buat modal, proses untuk tubuhkan Naelofar,” katanya lagi.
Ditanya mengenai cabaran yang dilakuinya sepanjang 10 tahun mengusahakan jenama berkenaan, Neelofa menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai keluarga yang tidak jemu menyokong.
“Saya bersyukur apabila keluarga saya ada. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan perniagaan apabula berada di fasa goyah.
Ads
“Saya ingat kembali ada juga momen ‘goyang’ dalam perniagaan, tapi perkara itu tidak saya kongsikan kepada umum. Apa yang dipamerkan kebanyakkan yang indah.
“Namun ketika di saat goyah itu, keluarga yang ada bersama dan terus memberi sokongan. Mungkin tanpa mereka, saya akan terus ‘goyang’.
“Bersyukur keluarga sama-sama bantu kukuhkan perniagaan. Walaupun ada saat-saat ‘goyah’ itu, jualan, ‘demand’ tetap tinggi daripada pelanggan.
Kalau pasukan saya ‘collapse’, sangat sayang dan rugi,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa yang wajah wakilan bagi jenama kelengkapan bayi terkenal itu hadir bagi sama-sama merasmikan ‘stroller’ bayi edisi terhad Timeless Elegance.
Ia hadir menerusi tiga warna yang menarik, bersama hiasan corak yang bermotifkan elemen batik kontemporari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam baru-baru ini telah menyambut ulang tahun hari jadi anaknnya, Nor Adam Daniel yang ke-11 tahun.
Bertemakan pakaian sukan, Rebecca turut mengundang rakan artis seperti Memey Suhaiza dan Sajat bagi memeriahkan lagi suasana hari jadi Daniel.
Lebih menarik apabila mereka bersama-sama bermain bola.
Malah, aktiviti santai itu dikongsikan Sajat di Instagram miliknya.
“Bila kylie jenner malaysia main bola.. meletop tak sis!!! bersama fonder body LOVE @rebeccanuralislamahmad …. mami mami bermain bola sis.. hahhaha sis tak pandai sangat.. tapi seronok main macam ini.. best sangat,” tulisnya.
Selain itu, Rebecca turut memuji sifat Sajat yang juga merupakan sahabat baik dan mereka sudah berkawan lebih satu dekad lamanya.
“Thank You dear @nursajadiah For Coming #adamturns11 …
“Lama dah mummy Becca kenal @nursajadiah rasa nya Lebih Dari 10 tahun,Orang nya Sangat2 Baik,lembut je Pertuturan Percakapan nya…Seriously Baik Sgt2,Dari Dulu tak Berubah,Dan Sebenarnya Mummy Becca kawan Kpd Sister Dia Mula2 dulu,The whole family Baik,love sgt2,” kongsinya.
Malah, Becca turut berpesan agar jangan mudah untuk menilai seseorang.
“Jadi Uolss Pesanan mummy Becca Jangan Pernah Kita Menilai Seseorang Dari Sudut Luaran,Kerana tak Kenal,Maka Tak Cinta..
“Apa Yg Penting Hati,Fikiran Dan Dalaman Kita Semua Kena Bersih Dan Pikir Yg Baik2 Cakap Yg Baik2.. InsyaAllah ?…Kerana Kita Tidak Pernah Tahu Apa Kebaikan Seseorang Yg mungkin Pernah DiLakukannya Yg Di Sukai Allah SWT#donteasilyjudgepeople,” tulis Rebecca panjang lebar.
Penyanyi rap Loca B lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsi perihal kehidupan peribadi kepada umum.
Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali berkata, keputusan tersebut diambil demi mengelakkan sebarang gangguan yang timbul terutama soal membabitkan keluarganya.
Bagaimanapun Loca mendedahkan dia berstatus ibu tunggal anak seorang sebelum berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Loca B mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alezander yang kini mencecah usia lima tahun.
“Saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ada perkara yang membabitkan keluarga saya yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.
“Ada perkara yang memang saya simpan sendiri. Bagi saya, lebih baik tidak berkongsi daripada nanti ada pihak yang menganggu.
“Sekarang ini semua orang sudah tahu yang saya ada anak. Orang tak perlu tahu pun cerita yang lebih dalam mengenai kehidupan peribadi saya.
“Saya tak boleh nak kongsi banyak. Cuma, apa boleh dikatakan sebelum berkahwin dengan Tuju, saya ibu tunggal yang mempunyai seorang anak,” katanya.
Loca B ditemui ketika majlis sesi ramah mesra bersama barisan finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Khamis.
Pada 24 November lalu, Tuju ketika muncul di program MeleTOP mengumumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bintang Aiko.
Dalam pada itu, penyanyi bersama lagu Gila ini turut berkongsi dia masih cuba menyesuaikan diri menguruskan anak kecil selepas bersalin anak kedua.
“Saya masih tengah nak susun semula jadual kerjaya dan keluarga tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebab sekarang pun saya hanya fokus pada AJL.
“Bagi saya, kelahiran kedua ini lain sebab saya dapat rasa menjadi seorang ibu semula. Saya kena belajar semula perkara asas sebagai seorang ibu.
“Sekarang saya bekerja, jadi agak sibuk. Ada masa bila kerja, saya dapat masa untuk diri sendiri. Bila di rumah, saya galas tanggungawab sebagai seorang ibu pula,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ben Amir tampil mendedahkan punca yang menyebabkan dia terpaksa melalui prosedur pembedahan seperti yang dikongsikannya menerusi laman sosial miliknya sebelum ini.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia hampir buta di bahagian mata sebelah kiri gara-gara terlibat dengan kemalangan pada bulan Jun lalu.
Dalam muat naik video terbaharu di laman Instagram dan TikTok miliknya, Ben berkongsikan video proses pemulihannya termasuk gambar mata kirinya yang cedera teruk.
“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta… kemalangan yang mengubah pandangan saya mengenai kehidupan.
“Proses pemulihan yang sangat sukar daripada segi mental dan fizial. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.
Selepas menjalani proses pembedahan pada pertengahan Jun lalu, Ben berkata dia kini sudah semakin beransur pulih daripada kecederaan tersebut.
“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” tulis Ben lagi.
Terdahulu, Ben berkongsi dirinya berada di hospital dan menjalani pembedahan di bahagian mata tanpa berkongsi puncanya kepada umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!