Selebriti yang juga pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa mendedahkan dia pernah ditertawakan beberapa individu luar negara sejurus menyatakan impian untuk membina legasi perniagaan sendiri.

Menjadikan situasi tersebut sebagai antara momen yang paling diingati, hos Next To Neelofa itu bagaimanapun kini mampu bersyukur apabila jenama Naelofar yang diusahakan kini sudah sedekad.

“Saya rasa macam mimpi apabila perniagaan yang saya dan keluarga usahakan dah berusia 10 tahun. Mimpi ini juga yang saya selitkan dalam doa saya.

“Saya masih ingat pada tahun 2014, ketika itu saya ambil ‘short course’ di Los Angeles, ketika itu saya masih belum ada perniagaan Naelofar.

“Waktu dalam kelas, mereka bertanya kepada semua pelajar antarabangsa, ada dari Hong Kong, Brazil, London, Belgium… Keluar soalan mengenai apa yang dimahukan?

“Saya menjawab saya mahu tubuhkan legasi saya sendiri, legasi perniagaan. Ketika itu, mereka gelakkan saya dalam kelas itu lalu saya pun terdiam.

“Saya tertanya, kenapa mereka ketawa? Di tahun yang saya juga, tertubuhnya Naelofar. Apabila teringat momen terbabit, saya rasa bersyukur.

“Alhamdulillah, Allah bagi juga rezeki untuk saya ada satu legasi, kini dah 10 tahun, yang mana ia akan terus didoakan supaya dikurniakan kejayaan.

“Rezeki ini bukan saya sahaja yang dapat rasa, malah keseluruhan keluarga saya yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung.

“Adik beradik, saudara mara serta orang di sekeliling seperti team, staf, stokis dan ramai lagi,” katanya.

Ads

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Stroller’ Bayi Edisi Terhad Timeless Elegance by Hamilton di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut akui dia hanya menggunakan duit sendiri serta meminjam wang keluarga untuk membina legasi perniagaan.

“Saya rasa bersyukur, sejak hari pertama perniagaan ditubuhkan, kami menggunakan modal dan keuntungan sendiri.

“Syarikat tidak pernah ambil apa-apa geran atau ‘loan’, modal sepenuhnya daripada keluarga dan duit sendiri.

“Ada juga beberapa kali diberi peluang untuk diberikan geran, namun ia tidak terjadi. Jadi modal perniagaan itu dipusingkan semula hingga sekarang.

“Walaupun ketika itu saya tiada sumber pendapatan yang masih kukuh, namun syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk tubuhkan syarikat.

Ads

“Ingat lagi, saya jual kereta pertama saya, kakak saya Nabila jual apartment dia, pinjam duit Ameera buat riviu… Semuanya dikumpulan untuk dijadikan modal.

“Begitulah kami buat modal, proses untuk tubuhkan Naelofar,” katanya lagi.

“Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa “Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa “Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa

Ditanya mengenai cabaran yang dilakuinya sepanjang 10 tahun mengusahakan jenama berkenaan, Neelofa menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai keluarga yang tidak jemu menyokong.

“Saya bersyukur apabila keluarga saya ada. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan perniagaan apabula berada di fasa goyah.

Ads

“Saya ingat kembali ada juga momen ‘goyang’ dalam perniagaan, tapi perkara itu tidak saya kongsikan kepada umum. Apa yang dipamerkan kebanyakkan yang indah.

“Namun ketika di saat goyah itu, keluarga yang ada bersama dan terus memberi sokongan. Mungkin tanpa mereka, saya akan terus ‘goyang’.

“Bersyukur keluarga sama-sama bantu kukuhkan perniagaan. Walaupun ada saat-saat ‘goyah’ itu, jualan, ‘demand’ tetap tinggi daripada pelanggan.

Kalau pasukan saya ‘collapse’, sangat sayang dan rugi,” katanya lagi.

Sementara itu, Neelofa yang wajah wakilan bagi jenama kelengkapan bayi terkenal itu hadir bagi sama-sama merasmikan ‘stroller’ bayi edisi terhad Timeless Elegance.

Ia hadir menerusi tiga warna yang menarik, bersama hiasan corak yang bermotifkan elemen batik kontemporari.

“Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa “Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa “Ingat Lagi Saya Jual Kereta Pertama, Nabila Jual Apartment, Pinjam Duit Ameera…,” – Neelofa

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI