Sudah pasti ada yang mengenali dengan penyanyi kumpulan Forteen yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu.

Sebelum ini, penyanyi kumpulan Forteen dianggotai empat orang ahli iaitu Ariz Lufiaz, Ameerais, One dan Izzue Islam.

Namun, kumpulan Forteen dipalit kisah sensasi apabila salah seorang ahli mereka, Izzue Islam membuat keputusan menarik diri dari kumpulan tersebut, pada November tahun lalu.

“Ingat Lagi Show Dekat Sungei Wang. Menggigil Nyanyi…,”- Forteen ‘Throwback’ Memori Sempena Ulang Tahun Ke-8!

Meski kini kekurangan ahli, mereka bertiga tetap bersemangat untuk meneruskan dan mengekalkan kumpulan Forteen di dalam industri hiburan tanah air.

IKLAN

Bersempena ulang tahun Forteen yang ke-8, Ariz Lufiaz telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Ariz telah mengimbau kembali kenangan kumpulan Fourteen dahulu bersama peminatnya.

“Harini ini Ulangtahun ke-8 @official.forteen. Ingat lagi show dekat Sungei Wang. Menggigil-gigil nyanyi. Kasut besar 1 size. Baju main taram je, 1st time orang datang ambil gambar, memang manis.”

IKLAN

“Alhamdulillah, More years to come inshaAllah. Ingat jangan berhenti berjuang sahabat-sahabatku. Terima kasih juga pada @official_forteenagers kerana terus menyokong kami dari dulu sampai kini. Another meet and greet perhaps? #Forteenturns8”tulis Ariz.

IKLAN

Lalu, peminat mendoakan kepada kumpulan Forteen agar terus sukses dan berjaya di masa hadapan.

“Ingat Lagi Show Dekat Sungei Wang. Menggigil Nyanyi…,”- Forteen ‘Throwback’ Memori Sempena Ulang Tahun Ke-8!

“Ingat Lagi Show Dekat Sungei Wang. Menggigil Nyanyi…,”- Forteen ‘Throwback’ Memori Sempena Ulang Tahun Ke-8!

Foto : Instagram Ariz Lufiaz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI