Ingat Pesan Bapa, Saharul Ridzwan Praktik ‘Tabung Subuh’ Bantu Golongan Susah, Kongsi Rezeki – “Istiqamah Sampai Bila-Bila, InsyaAllah…”

Share

Pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi pesanan yang pernah disampaikan bapanya mengenai amalan ‘tabung subuh’.

Kongsi Saharul, selain melakukan alaman tersebut, dia turut diberi pesan agar bersedekah setiap hujung minggu pada insan yang memerlukan sebagai usaha menambahkan rezeki.

“Tabung Subuh Abah pesan “buatlah tabung subuh”, setiap kali habis subuh masukkan dalam tabung, hujung minggu sedekahkan duit tu pada fakir atau anak yatim.

“Istiqamah sampai bila2, InShaaAllah, Allah gandakan rezeki kita. Siapa dah ada Tabung Subuh? Ada perubahan pada rezeki korang?

“Share lah dekat comment Selamat pagi kawan kawan!,” tulis Saharul.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Jangan Benci Cintaku ini menerusi satu hantaran di Instagram.

Lalu, perkongsian yang dibuatnya turut disambut baik peminat dan rata-ratanya memberi reaksi positif.

Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

Published by
Nazar Rafiqhi