Pelakon Datuk Aaron Aziz menitipkan ucapan tahniah buat rakan industri, Aliff Aziz yang diumumkan sebagai juara program hiburan realiti, Gegar Vaganza (GV8), malam tadi.
Sambil menyatakan rasa kagum, pelakon filem KL Gangster ini turut sedia maklum akan semangat baik yang dimiliki suami Bella Astillah itu.
“Tahniah Adik. Abg am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but utk Isteri dan anak anak jugak. Ingat pesanan Abg dalam DM conversation kita.
“Don’t look back just forward baru lah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki Bukan untuk diri kita sebagai Suami dan Ayah Tapi utk keluarga. Alhamdulillah ALLAH naikkan you Dan memberkati mu dgn this great comeback.
“Stay humble always and stay away from toxic people. Congrats once again,” tulisnya menerusi satu hantaran terkini yang dikongsi di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pasangan masing-masing dan tak kurang yang turut tumpang gembira atas kemenangan bapa kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Malam kemuncak GV8 telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.