Pelawak dan penyampai radio, Issey akui khilaf dan memohon maaf kepada warganet atas isu gurau kasar terhadap pelawak serta pengacara, Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini.
Menerusi salah satu segmen di dalam program hiburan terbabit, Issey mengeluarkan ayat ‘awak pernah curang saya tak pernah’ yang ditujukan pada Shuk sebagai balasan gurauan kepada dirinya.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat itu secara terbuka apatah lagi pada program yang ditayangkan di TV.
“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja.
“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.
“Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka,” katanya.
Bintang berusia 34 tahun itu berkata demikian kepada Harian Metro. Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuk.
“Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.
“Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja,” katanya.
Lalu Issey berharap agar netizen tidak lagi memperbesarkan perkara itu.
“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.
“Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan sudah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya.
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.
Namun, selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian tambahan oleh Issey secara seloroh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak kini telah pun memasuki minggu akhir.
Drama terbitan JS Picture ini sering mendapat reaksi positif penonton dek kerana jalan ceritanya yang dikatakan sangat dekat di hati.
Bagaimapun, berbeza pula bagi individu ini apabila dia mempersoal pemilihan penerbit, Sheila Rusly yang memilih Ayda sebagai tunjang utama bagi drama ini.
“Aku tak faham apasal Sheila Rusly suka sangat ambil Ayda Jebat ni berlakon. Ayda Jebat ni sumpah tak best langsung.
“Ada ke followers aku dekat sini peminat Ayda Jebat? Gila takde taste korang,” tulisnya.
Melihat kenyataan tersebut, ini respon balas tuan empunya badan Ayda Jebat;
“Assalamualaikum awak.
“Taste orang lain-lain. Mungkin rezeki saya la kot.
“Nanti saya berlakon best best sampai awak suka ya. Insyaallah,” konsinya.
Respon tersebut dikongsikan tunang kepada pengacara, Nabil Mahir itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Ayda supaya usah mempedulikan komen individu tersebut selain turut meluahkan rasa teruja menjelang minggu akhir yang akan mula bersiaran hari ini.
Sumber: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini sudah menceburi dalam bidang perniagaan, Khai mengakui pernah menerima sindiran dan kutukan ketika di awal pembabitan dalam karier seni.
Meskipun begitu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini memberitahu, dia dan isterinya, Rosma mengambil segala kutukan tersebut sebagai satu semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Dulu Wife sy kena perli smpi x dpt sponsor masa keluar AF sebab itulah dia nekad nak Kurus!
“Sy pula dulu kena perli Artis miskin sebab itulah sy nak Berjaya & Kaya!
“Lepas ni jgn marah kalau ada org perli2 tau!,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.
Dalam pada itu, peminat turut memberikan respon dan berkongsi cerita di ruangan komen entri berkenaan.
Terdahulu, Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5 dan Nur Alya Dhania, setahun.
Foto: Twitter Khai Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!