Instafamous, Beby Tora Tora mendedahkan bahawa dia pernah rasa putus asa dengan ‘haters’ yang tidak henti-henti menghentamnya berkaitan soal berat badannya itu.
Kisahnya, pemilik nama Atierah Zulfatie berkata bukan mudah baginya untuk mendapatkan berat badannya yang sekarang namun orang tetap mengecamnya.
“Sometime tira rasa nak give up dngn orng2 skeliling ni, manusia ni ada hati dn perasaan. Tira struggle untuk kurangkan berat bdan tapi masih ada orng yg mngata ,siap kata tira edit bagai.
“Apa prasaan anda klau kita penat2 diet,mkan sayur ,kawal smua benda,exercise and then tiba2 orng kata kita edit gambaq ..gaya nu tak kena gaya ni tak kena.
“Kaki silang pun jadi masalah ..angkat tangan pun jdi msalah .kita ni takda la terdesak nak orng nampak kita kurus sbb kita sndiri tau kita dh lost bnyak kg.
“Tu sbenaqnya cara masing2 ambik gmbar kita .klau dia pndai ambik gambar,cantik la jadinya ..tipu laa kan klau stiap prmpuan dlam dunia ni bila ambik gambaq takmau nampak kata dia ni lawa ,kurus ,segak, sifat perempuan mmg mcmtu dh.
“Tapi tirah tak prnah edit gambar tira bagi jdi kurus bagai tu smua teknik orng ambik gambar, jangn la condemn smpai mcmtu.
“Ingat snang ka wey dari 110kg nak ke 82kg and mantainkan berat mcmni tambah2 orng yg kerja review mkanan mcm tira ni ..ingat tak down ka klau mcmni?
“Knapa negatif sngat manusia skrng ni eh ..please komen untuk naikkan smgat tira ni balikk smoga diriku trus kuatt,” tulisnya.
Susulan itu, netizen memberikan nasihat buatnya agar tidak melayan komen-komen haters itu.
Pada MH, mulut orang memang tidak boleh ditutup, oleh itu lebih baik jika kita mengabaikan komen-komen yang negatif ini. Apa-apapun, semoga Beby Tora Tora terus kuat ya!
Foto/Instagram: Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI