Gara-gara terlalu minat kepada Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, anak kepada pelakon Faezah Elai iaitu Aurora Heyrinna merajuk dan mahu ‘terbang’ ke India berjumpa dengan bintang tersohor itu.
Kisahnya, kanak-kanak berusia tiga tahun itu difahamkan sedang berborak bersama ibunya kerana menyifatkan aktor tersebut sering dilihatnya tetapi hanya menerusi kaca televisyen.
“Dia nk pi India rumah Shah Rukh Khan.. so i told her,cannot SRK tk kenal Rora..
“She said “But Rora selalu jumpa dia kt tv” And i said Rora je kenal,dia tk kenal Rora,nanti dia tk bukak pintu umah.
“So she yelled at me and said “Dia kenal Rora lah!! Dia tk kenal mummy jek!!” Pastu buat muka mcm dlm gambaq ni.
“Me : 😳😳😳
“Hg ingat Shah Rukh Khan tu pak menakan hg ka ??!!!!,” tulis Faezah.
Pada masa sama, Faezah turut pelik dengan minat anaknya itu lalu mengemukakan nama aktor yang lebih muda.
“Pls lahhh shah rukh khan tu dh tua hokey!! Klu minat Ranbir Kapoor ka,ok lah lagi.
“Dia ingat India kt kampong dodoi ka,” maklumnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengn gelagat comel Aurora.
Imbas kembali, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan tersebut, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Foto:Instagram Faezah Elai