Categories: Berita

“Ingat Tak Momen Yang Kita Lapar Betul…,” – Saharul Ridzwan Imbas Momen Selepas Akad Nikah, Makan Mamak Pakai Baju Pengantin

Share

Lebih tiga tahun menyulam bahagia, pelakon Saharul Ridzwan mengimbau kembali momen lucu saat baru bergelar raja sehari.

Kisahnya, bintang ini telah 'bawa lari' isteri ke kedai mamak sejurus selepas majlis akad nikah.

Lebih menarik, kedua-duanya masih berpakaian pengantin!

Pelakon berusia 30 tahun ini turut berkongsi fotonya bermain belon air ketika isteri, Qaabila Deena Emir sedang sarat hamil.

Hi sayang @deenaemir, ingat tak #throwback moment yang kita lapar betul lepas akad nikah? Terus sy bawak awak lari makan mamak.

"Dua dua still pakai baju pengantin baru, semua kat mamak pandang je. Epic betul. Haaaa. Lepas tu masa awak pregnant ingat tak? Mengidam pulakk. Tapi sy yang mengidam, nak main belon air. So usung la awak yang sarat mengandung tu pergi Shah Alam. And nowww.

“After 3 years thru ups and downs, thank you for being my wife, mother to my son and my soulmate. Banyak lagi benda yang kita akan #ShareMoreTogether in future and sy tahu kita kuat when we share everything together as one family. I love you! Go to maxis.com.my/couples to find out what else you and your partner can share more of,” tulisnya di entri Instagram.

Gambar

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 6 Jun 2017.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

Published by
Noraini Abd Wahab