“Ingat Ustazah Nak Bagi Markah Extra Ke?”, – Ini Yang Ditulis Anak Tomok Pada Kertas Ujian, Lucu!

Share

Awal hari ini, Tomok berkongsi kisah lucu melibatkan salah seorang anaknya yang mendapat keputusan cemerlang di dalam salah satu kertas ujian yang diduduki.

Bagaimanapun, apa yang lucunya nama bapa yang ditulis si anak cukup menggelikan hati netizen.

“Alhamdulillah..ada paper yg ok ada yg kena di pertingkatkan lagi..kena banyak buat ulangkaji.

“Tapi kenapa nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh..kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke?,” tulisnya.

Lalu perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Tomok.

Foto: Instagram Tomok

Published by
Rafiq Mazlan