Pelakon, Lia Natalia meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk turun padang bagi sama-sama membantu rakyat di negeri Sabah yang terkesan kerana penularan wabak Covid-19.

Menurut Lia, ini adalah pertama kali dia menyertai program seperti ini lebih-lebih lagi apabila berpeluang untuk melihat sendiri kesusahan yang dialami golongan kurang bernasib baik itu.

“Ingat Zaman 2020 Ni Dah Maju,” – Turun Padang & Kongsi Rezeki Dengan Orang Sabah, Lia Natalia Insaf Sebab…

“Alhamdulillah syukur semua urusan Lia dengan kerjasama MRA dipermudahkan untuk mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul-betul memerlukan.

“Lia bukanlah wakil politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi Lia nak berkongsi rezeki kepada warga Tawau agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan.

“Buat pertama kali dalam seumur hidup, Lia sendiri turun memberi bantuan ke kampung2 dengan keadaan red zone di Tawau ni. Sedih melihat ada sesetengah warga Tawau yang tidak dipedulikan,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon asal Sabah itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada masa sama, Lia turut meluahkan rasa sayu saat kelihat kedaifan lebih-lebih lagi buat keluarga yang hilang sumber pencarian pada saat getir ini.

“Sebak hati Lia melihat keadaan mereka yang sampai 14 keluarga berkongsi sebuah rumah. Bayangkanlah kalau harap pendapatan sehari RM5 dan kena buang kerja lepastu nak bagi 14 keluarga makan dalam satu rumah?

IKLAN

“Ada yang rumah macam pondok. Allahuakbar. Ingatkan zaman 2020 ni kita semua sudah maju. Rupanya tidak. Banyak pengajaran yang Lia peroleh dan peluang ini membuka mata dan membuatkan Lia betul-betul insaf,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Lia turut menyeru kepada orang ramai agar kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

“Kita sepatutnya besyukur apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan daif daripada kita.

IKLAN

“Dengan keadaan pandemik sekarang dan kes semakin meningkat, pendapatan mereka betul-betul terjejas dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terpaksa berikat perut.

“Semoga dengan apa yang Lia berikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih banyak2 kepada MRA & semua yang terlibat membantu Lia,” akhirnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh Lia itu selain turut mendoakan semoga pelakon tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ingat Zaman 2020 Ni Dah Maju,” – Turun Padang & Kongsi Rezeki Dengan Orang Sabah, Lia Natalia Insaf Sebab… “Ingat Zaman 2020 Ni Dah Maju,” – Turun Padang & Kongsi Rezeki Dengan Orang Sabah, Lia Natalia Insaf Sebab…

Sumber: Instagram Lia Natalia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI