Personaliti media sosial, Ryan Bakery akui perasaannya bercampur baur untuk menantikan kehadiran cahaya mata sulung yang dijadualkan akan dilahirkan pada awal Januari.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia kini amat memerlukan nasihat sebagai persediaan untuk bergelar bapa.
“Saya teruja tapi bercampur takut juga. Ini pengalaman pertama saya bergelar ayah. Saya perlukan banyak nasihat daripada para bapa buat saya yang baru ini.
“Ketika ini, usia kandungan isteri saya sudah pun memasuki 36 minggu. Bayi dijangka lahir pada awal bulan Januari.
“Disebabkan itu juga, saya minta pengurus untuk menyusun jadual kerja. Ketika saat genting ini, saya memang sangat risau,” katanya kepada MH
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di progam santai bersama media yang dianjurkan syarikat rakaman Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Ditanya sama ada isterinya, Elyia Ibrahim mempunyai permintaan-permintaan pelik ketika hamil, Ryan mendedahkan isterinya itu ada memintanya untuk membelikan gelang emas.
“Memang ada. Ada satu hari itu, dia cakap nak biskut tawar. Saya pun okay sahaja dan bagitahu, nanti saya akan cari. Saya ingatkan memang biskut berbentuk petak yang kita selalu makan.
“Rupanya bukan. Sebenarnya dia nak gelang emas berbentuk empat segi besar tu. Saya minta dia doakan agar saya dimurahkan rezeki. In sha Allah saya akan belikan nanti.
Ads
“Dia juga mengidam nak minum teh hijau. Namun, ketika di kampung, tak banyak kedai yang jual. Dia sampai menangis. Namun, saya usaha juga cari tapi yang jumpa hanya air matcha.
“Saya belikan juga walaupun dia tak tahu. Janji dia minum dan gembira,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ryan turut memaklumkan isterinya itu akan menjalani proses berpantang di rumah mereka sendiri memandangkan jadual kerjanya yang agak sibuk menjelang Januari.
Ads
“Isteri saya akan berpantang di rumah kami di Puncak Alam. Kini, kami menetap di sana sebab kebanyakkan kerja-kerja saya di Lembah Klang.
“Saya sebenarnya tiada banyak cuti dan perlu bekerja pada bulan Januari. Kalau tarikhnya bertembung, saya akan minta pengurus untuk pertimbang hari lain.
“Setidaknya biarlah isteri saya selesai bersalin dahulu. Saya nak fokus pada dia sahaja. Lagipun, kami di sini tinggal berdua sahaja. Keluarga pula jauh,” akhirinya.
Terdahulu, Ryan dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki yang sudah pun diberikan nama Ryan Ezra.
Sekadar informasi, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan disahkan positif COVID-19.
Selain ratu Bollywood itu, anak perempuannya, Aaradhya turut disahkan positif.
Mereka kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Aishwarya and Aaradhya have also tested COVID-19 positive. They will be self quarantining at home.
“The BMC (Brihanmumbai Municipal Corporation) has been updated of their situation and are doing the needful.The rest of the family including my Mother have tested negative.
“Thank you all for your wishes and prayers,” tulisnya.
Aishwarya and Aaradhya have also tested COVID-19 positive. They will be self quarantining at home. The BMC has been updated of their situation and are doing the needful.The rest of the family including my Mother have tested negative. Thank you all for your wishes and prayers 🙏🏽
Sebelum ini, Abhishek dan Amitabh turut disahkan positif wabak yang menjadi pandemik kini itu.
Keduanya masih dirawat di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai, India.
Perkara itu dimaklumkannya juga menerusi Twitter dan mereka disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Earlier today both my father and I tested positive for COVID 19. Both of us having mild symptoms have been admitted to hospital. We have informed all the required authorities and our family and staff are all being tested. I request all to stay calm and not panic. Thank you. 🙏🏽
Penyanyi Santesh meluahkan rasa teruja apabila muzik video lagu nyanyiannya berjudul Amalina versi Tamil mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book Of Record.
Santesh ketika ditemui MH memberitahu, dia tidak menyangka lagu versi Tamil itu dinobatkan sebagai lagu Tamil yang paling pantas meraih sejuta tontonan dalam tempoh tiga hari dimuat naik di YouTube.
“Saya berasa terharu dan terkejut apabila dimaklumkan lagu Amalina versi Tamil tersenarai sebagai lagu Tamil paling pantas menerima satu juta tontonan di Youtube dalam tempoh tiga hari sahaja. Pastinya, saya rasa gembira.
“Meskipun ramai kehadiran penyanyi berbangsa India mewarnai industri hiburan kita, tapi saya tak sangka lagu nyanyian saya ini masih menerima sokongan daripada peminat berbilang bangsa ,”katanya.
Menurut Santesh, pencapaian lagu Amalina versi Tamil juga sedikit sebanyak turut didorong oleh tempias kejayaan lagu Amalina versi Bahasa Melayu yang pernah menjadi viral.
“Peminat terlebih dahulu mendengar versi bahasa Melayu dan tidak sabar mahu menanti versi Tamil pula.
“Apabila versi terbabit dimuat naik di laman YouTube, lalu ia mendapat sambutan hebat pelbagai lapisan bangsa. Lagu Amalina versi Tamil juga berjaya menduduki carta trending YouTube selama seminggu,” katanya yang merupakan antara lapan artis yang berbaung di bawah pengurusan DATU Entertaiment.
Sehingga kini, Amalina versi Tamil sudah pun ditonton hampir 7 juta kali di YouTube.
Selain terharu dengan pencapaian yang dirakih, penyanyi ini turut melancarkan single terbaru, Mymuna yang mengisahkan tentang cahaya mata kepada Santesh dan Amalina setelah mereka berkahwin.
Meski baru saja dilancarkan pada 22 Februari lalu, sedutan muzik video berkenaan turut menjadi trending di YouTube dan setakat ini, ia sudah pun mencecah lebih 1.5 juta kali tontonan.
“Besar harapan saya untuk melihat single ini boleh pergi jauh sebagaimana sukses yang dicapai Amalina. Malah pada masa sama, kami turut merancang untuk mempromosikan lagu ini hingga ke Indonesia,” terang Santesh sambil diakui pengurusan teratasnya.
#MHLive Wow… Santesh no more Amalina. Dah kuar lagu baru Mymuna pula…
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 27 February 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi persalinan anak sulungnya, Muhammad Bilal buat tatapan para peminat.
Memuat naik beberapa video pendek menerusi Insta Stories, isteri Haris Ismail atau PU Riz ini menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
Malah menurut Neelofa, dia obses untuk melihat permata hati permatanya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Menerusi perkongsian seterusnya, bekas hos MeleTOP ini sudah mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!