Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19, ramai pihak berkerjasama di dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir misalnya ada memaklumkan ingin memberi bantuan berupa keperluan anak kecil seperti susu dan lampin pakai buang kepada yang terlibat.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyifatkan keperluan tersebut sangat penting khasnya bagi mereka yang memiliki anak kecil.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
Ads
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan.
“Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you! #KitaMemahamiSusuDanDiapersSangatPentingSejakAdaAnak #JanganPrivatePage,” tulisnya.
Menerusi akaun Instagram pelakon senior Zarina Zainuddin telah memuat naik beberapa keping gambar dan video mengenai perkembangan terkini salah seorang anak pasangan kembarnya.
Kongsinya, Muhammad Razil Azrai atau dikenali sebagai Azil dikhabarkan sakit di bahagian pernafasan sebelum ini hingga perlu menjalani pembedahan.
Malah beberapa jam lalu, Zarina turut berkongsi video perkembangan terkini anaknya itu.
“Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya”tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon yang terkenal dengan itu telah mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kepada anak Zarina cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, Zarina telah memaklumkan Azil sebelum ini mengalami sakit sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas akibat menangis dalam tempoh yang terlalu lama, 2 hari lalu.
Sumber : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambil meluahkan rasa rindu buat tunang tersayang iaitu pelakon Kamal Adli, perkongsian foto dari bintang cantik Uqasha Senrose mendapat perhatian warganet.
Ini kerana, menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik, salah satu daripada dilihat seolah-olah disunting dengan ketara pada bahagian pinggulnya sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakang turut sama ikut bengkok.
“I miss those days .. where i can see u when i miss you .. and now i miss everything about you my mr.fiance,” tulis Uqasha pada ruangan kapsyen foto berkaitan.
Kamal Adli turut memberikan respon terhadap posting Uqasha.
Sementara itu, ada pengguna Instagram yang memberikan pendapat mereka terhadap suntingan yang dibuat.
“Tiang bengkok,” kata seorang warganet.
“Walaupun saya ternampak garisan tiang tu bengkok, tapi takpe, kak Usta comel laaa,” tulis seorang warganet lain.
“Akak kalau tak reti edit boleh pm saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti,” tulis seorang warganet menawarkan diri.
“Terbengkok terus dinding belakang tu, tapi tetap lawa,” puji seorang warganet.
Bagaimanapun, ada juga yang memuji keserasian di antara pasangan ini dan tak kurang yang tidak sabar untuk menantikan hari bahagia mereka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebuah filem aksi dari Indonesia, Zeta: When The Dead Awaken, bakal menemui penonton bermula 28 Januari depan secara eksklusif di saluran 480 Astro First dan On Demand.
Filem arahan Amanda Iswan terbitan Swan Studios itu bakal menjanjikan debaran buat peminat filem genre seram dan aksi apabila ia mengisahkan serangan zombi yang berkeliaran seterusnya mengancam keselamatan manusia.
Zeta: When The Dead Awaken ini dibintangi Cut Mini Theo yang mendukung watak sebagai Isma, Jeff Smith (Deon), Dimas Aditya (Reza), Edo Borne (Reyhan) Joshua Pandelaki (Kolonel Vito), Willem Bevers (Richard) dan ramai lagi.
Kekecohan bermula apabila Deon menyaksikan kejadian aneh ketika teman sekolahnya tiba-tiba menggigit leher pekerja sekolah dengan lagak seperti kanibal.
Terkejut atas serangan manusia seakan zombi itu, Deon lantas membawa ibunya yang menderita Alzheimer untuk bersembunyi bersama di sebuah apartemen sekaligus sedar mereka sudah pun terperangkap di dalam apartmen tersebut.
Lalu bermulalah pelbagai konflik serta adegan cemas sepanjang usaha mereka untuk menyelamatkan diri, termasuk cubaan menghubungi pihak luar bagi meminta bantuan.
Sementara itu pengarah filem berkenaan mengakui berdepan pelbagai cabaran bagi menyiapkan naskah berkenaan terutamanya dari segi masa penggambaran.
“Saya rasa aspek yang paling sukar adalah kenyataan bahawa kita harus mengambil sekitar 6-13 adegan setiap hari, kerana kita hanya mempunyai masa syuting yang pendek.
“Dua dari adegan pertempuran diambil pada hari yang sama dalam waktu sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan; dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza).
“Tetapi di sebalik semua kesusahan, ini adalah filem pertama yang saya buat dan saya banyak belajar melaluinya,” katanya.
Pada masa sama, Amanda turut menjelaskan pemilihan pelakon dibuat atas kredibiliti pelakon yang dipilih selain keupayaan mereka untuk menggalas watak dengan baik.
“Kami memilih Cut Mini untuk bermain sebagai ibu kerana dia adalah salah seorang pelakon hebat Indonesia, dan kami percaya bahawa dia dapat memainkan ibu yang menderita Alzheimer awal dengan sempurna, walaupun Zeta adalah filem seram pertama yang dilakoninya.
“Jeff Smith (Deon) ialah pelakon yang sedang meningkat dan memiliki banyak potensi, dan juga bersikap baik, di mana dia tidak pernah mengeluh (tentang apa-apa) semasa membuat Zeta. Dimas Aditya (Reza) telah berlakon dalam banyak filem Indonesia dan kami berpendapat keperibadiannya dan pemikiran kritis sangat sesuai dengan watak Reza.
“Untuk Edo Borne (Reyhan), dia juga bertindak sebagai penjahat dalam beberapa filem dan selama proses pemilihan pelakon, kami menyukai cara dia menyampaikan dialog Reyhan, walaupun dalam kehidupan nyata Edo adalah orang yang sangat lucu wataknya.
“Empat pemeran utama adalah pelakon yang sangat baik dan saya juga gemar menonton mereka berimprovisasi semasa proses membaca skrip” katanya.
Amanda turut bertuah kerana bekerjasama dengan karyawan hebat lain di dalam mengarahkan filem zombie pertama Indonesia.
“Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.
“Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia,” katanya.
Amanda bagaimanapun tidak mempunyai jawapan pasti apabila ditanya sama ada mahu mengembangkan filem hebat ini menerusi sebuah sequel lain pada masa depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...