Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19, ramai pihak berkerjasama di dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir misalnya ada memaklumkan ingin memberi bantuan berupa keperluan anak kecil seperti susu dan lampin pakai buang kepada yang terlibat.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyifatkan keperluan tersebut sangat penting khasnya bagi mereka yang memiliki anak kecil.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan.
“Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you! #KitaMemahamiSusuDanDiapersSangatPentingSejakAdaAnak #JanganPrivatePage,” tulisnya.
Di samping itu, rata-rata peminat memuji sikap mulia Anzalna yang ingin membantu masyarakat yang dalam kesusahan.
Foto: Instagram Anzalna Nasir