Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis terkenal, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang memberi reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Jadi kali ini, MH senaraikan 20 tarikh lahir selebriti terkenal kita sebagai rujukan. Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga kan?
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi akhirnya buka mulut terhadap dakwaan berlaku curang bersama seorang gadis Kelantan sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini.
Menerusi MHE Online, bekas pelakon dan usahawan itu menafikan tuduhan tersebut.
Sebaliknya lelaki berusia 27 tahun itu menjelaskan, hubungan yang terjalin tak lebih dari sekadar kenalan biasa.
“Hubungan yang terjalin antara saya dan wanita tersebut sekadar kenalan biasa, tidak lebih daripada itu seperti yang didakwa.
“Mungkin dia cuba nak naikkan nama, tetapi sekarang ini saya yang malu dibuatnya!” tegas pemilik nama lengkap Mohamad Hafizul Md. Nawi itu.
Terdahulu menerusi video yang dikongsikan portal hiburan sama antara lain, Fizul memberitahu hal tersebut sudah pun sampai ke pengetahuan keluarga.
“Famili pun tanya apa cerita, mereka ada tanya Kak Bed (isteri) dan dia mahu perempuan tu minta maaf. Perempuan tu bukan jumpa sering jumpa saya. Sekali saja lepak ramai-ramai.
“Cuma dia duduk sebelah saya saja yang jadi kecoh. Sekarang ni mahu mereka selesaikan. Bukannya girlfriend, kawan saja. Benda ni jadi kecoh, bimbang nanti famili perempuan tu ‘serang’ saya dan isteri,” katanya seperti yang dipetik.
Menurut Fizul lagi, dia mengenali gadis berkenaan di Kelantan.
Fizul dan Nadya yang kini dikurniakan dua cahaya mata telah pun melayari bahtera perkahwinan lebih empat tahun.
Foto/Sumber: Instagram Fizul Nawi/MHE Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi membantu institusi kebajikan dan golongan asnaf yang memerlukan, Pertubuhan Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara (MKWN) akan menganjurkan Pesta Citarasa Sambal di Jakarta, Indonesia pada 17, 18, dan 19 Ogos depan.
MKWN bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) serta Persatuan Seni Warisan Digital Malaysia (SWA TV) bagi tujuan tersebut yang turut melibatkan selebriti seperti Ayu Damit.
Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata selain pesta sambal, pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk sesi High Tea bersama usahawan-usahawan tempatan dan luar negara bagi tujuan kebajikan.
“MKWN juga sedang merancang untuk mengadakan program ‘High Tea’ untuk usahawan-usahawan Indonesia di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun ini dan program ‘Minum Petang’ untuk usahawan-usahawan Bangladesh di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun hadapan.
“MKWN sedang merangka beberapa program yang di rasakan dapat menyemarakkan semangat silatulrahim dan peluang perniagaan berdaya maju nusantara yang berbentuk penerokaan peluang-peluang pemasaran produk ahli-ahli rangkaian ‘Strategik Partner’ seperti pameran hasil usaha produk-pruduk pertanian dan karangkraf yang dirancangkan mahu dianjurkan di Malaysia dan Indonesia sekitar suku ketiga tahun hadapan dan di Indonesia pada hujung tahun 2025 dengan penyertaan pempamer dari Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan,” katanya.
Dalam pada itu, pada 18 Mac ini, MKWN dan PGDM akan mengadakan acara PGDM Annual Digital Award 2022 berbentuk penganugerahan tahunan kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara yang sedang membina profil mereka dalam bidang perniagaan.
“Anugerah pengiktirafan juga akan diberi kepada badan-badan kerajaan tempatan dan badan-badan penyiaran yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Exists, Mamat yang sebelum ini sering terlibat dengan kontroversi susulan pengambilan bahan terlarang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen tinggi bagi mempersiapkan diri untuk Konsert Resolusi Exists yang bakal diadakan pada 18 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 44, dia berterima kasih kepada ahli kumpulan Exists yang lain kerana tidak pernah meminggirkannya sebaliknya terus memberikan sokongan untuknya bergerak ke hadapan walaupun pernah dihimpit kontrovesi sebelum ini.
“Bila dipanggil balik oleh ahli kumpulan yang lain, ini merupakan satu peluang untuk saya buat comeback dan sama-sama buat sesuatu yang baik untuk industri.
“Lagi satu saya dah tua dan sekarang saya nak fokus pada komitmen kerjaya saya. Sekarang saya rasa kehidupan lebih tenang dan relaks.
“Saya nak mereka (peminat) tengok saya sebagai seorang artis yang bekerjaya dan berjaya untuk masa akan datang,” katanya kepada MH.
Mamat ditemui pada majlis sidang media Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, Kuala Lumpur pada Isnin.
Konsert berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan antara line up terawal Exists iaitu Mamat, Ajai, Musa, Along dan Ujang termasuk dua penyanyi pelapis baharu untuk kumpulan itu, Pasha dan Eiz.
Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupannya kini, Mamat berkata dia masih perlu menjalani proses pemantauan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Namun, menurutnya, proses pemantauan itu tidaklah terlalu ketat memandangkan dia kini telah menunjukkan perubahan positif.
“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Mereka akan memaklumkan sekiranya ada sebarang aktiviti.
“Saya juga boleh melakukan aktiviti seni tetapi perlu maklumkan kepada mereka mengenai jadual kerja kerana tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.
“Lagipun saya tidak akan ke mana kerana sebagai individu yang dikenali sudah tentu mereka tahu saya di mana,” katanya.
Konsert anjuran ImagineX itu akan memperlihatkan Exists menghiburkan peminat setia mereka dengan rangkaian hampir 20 buah lagu popular band yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu.
Tiket dijual pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Meet & Greet) bermula jam 3 petang tadi.
Untuk rekod, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Selepas mengadakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat kemudiannya menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!