Sejak melancarkan model telefon pintar flagship terbaru, HUAWEI P40, syarikat pembekal alat telekomunikasi ini sekali lagi mengejutkan semua pencinta gajet apabila melancarkan model terbaru iaitu HUAWEI P40 Pro+.
HUAWEI terus membuatkan orang ramai teruja dengan kepintaran dan kecemerlangan teknologi yang mereka miliki untuk menghasilkan telefon pintar serba canggih yang dilengkapi dengan perkakasan luar biasa seperti sitem pemprosesan Kirin 990 5G.
Untuk pengetahuan anda, HUAWEI P40 Pro+ merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menyediakan pengalaman kelajuan 5G selain reka bentuknya yang unik kerana turut disertakan dengan kemasan seramik.
Seperti kebiasaan, HUAWEI P40 Pro+ akan terus menerajui keyakinan para pengguna menerusi beberapa ciri-ciri menarik yang dimilikinya;
Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta
Bagi pencinta fotografi, peranti ini pasti akan memberikan anda merasai pengalaman menakjubkan kerana ia dilengkapi dengan sistem kamera belakang lensa penta yang merangkumi sensor kedalaman bagi menyokong apa jua keadaan termasuklah ketika di dalam penerbangan serta menawarkan kesan bokeh yang jauh lebih baik.
Pada bahagian kamera, ia disertakan dengan sensor utama 50MP, dilengkapi sensor sudut lebar 40MP, sensor telefoto 10x 8-megapixel, dan sensor telefoto 3x 8-megapixel, sensor ToF selain sensor untuk pencahayaan suhu.
Fungsi ToF juga membantu dalam penghasilan autofokus, potret, dan beberapa mod video yang lebih canggih.
HUAWEI P40 Pro+ digabungkan dengan video 4K yang lancar, bingkai sehingga 60fps, prestasi cahaya rendah Pixel menjadikan ia peranti pengimejan yang sangat berteknologi tinggi!
Ads
Juga, ia dilengkapi dengan AI Golden Snap HUAWEI yang memudahkan pengguna membuang imej yang tidak diingini (remove passerby), pantulan atau bayang dan merakam detik-detik indah.
Sentuhan tanpa sempadan!
Hanya dengan menggunakan satu sentuhan, anda boleh menghubungkan HUAWEI P40 Pro+ bersama HUAWEI MateBook menjadi gabungan peranti yang hebat.
Apabila kedua-dua peranti ini bergabung di dalam satu skrin, anda boleh menghantar fail, gambar dan macam-macam lagi antara kedua-dua peranti ini dengan hanya menarik dan meletak (‘drag and drop’), selain ‘copy & paste’ antara kedua-duanya. Ia juga berfungsi pada HUAWEI Matepad Pro 5G.
Panel Kawalan Berbilang Peranti (Multi-Device Control Panels) menyediakan platform yang membolehkan anda melihat setiap peranti yang disambungkan dalam jarak yang dekat. Bagi meningkatkan pengalaman semasa menggunakannya, panel ini juga akan secara bijak mengesyorkan peranti-peranti yang berdekatan.
Ads
Sebagai contoh, ketika pengguna mendengar muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X yang berhampiran, Multi-Device Control Panels akan menyarankan anda untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar bagi mendapatkan kualiti audio yang lebih baik. Pengguna juga boleh menyambungkan telefon pintar dengan HUAWEI Sound X hanya dengan satu sentuhan. Sangat mudah bukan?
Selain itu, HUAWEI P40 Pro+ turut dilingkapi dengan aplikasi panggilan video HUAWEI MeeTime yang menyokong semua jenis panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI.
Peranti ini memanfaatkan sepenuhnya integrasi antara perisian dan perkakasan HUAWEI dalam memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.
Petal Search Widget – Pilihan sejuta aplikasi
Turut diperkenalkan ialah widget carian baru iaitu Petal Search – Find Apps bagi membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang diingini.
Ads
Ciri ini memberikan pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang paling ‘awesome’ dan belum pernah mereka alami sebelum ini.
Bagi memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps ini, ikuti sahaja tiga langkah mudah ini;
Langkah 1: Setelah semuanya siap, klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama untuk memulakan carian.
Langkah 2: Aplikasi Petal Search Widget akan memaparkan aplikasi teratas yang boleh para pengguna muat turun. Klik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.
Langkah 3: Petal Search Widget – Cari Aplikasi akan memaparkan hasil carian yang paling relevan mengikut permintaan anda. Ini merangkumi apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, download melalui pautan rasmi, mengemas kini versi web baharu, atau muat turun dari pihak ketiga yang lain.
Ini adalah tiga sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah salah satu peranti pintar flagship yang terhebat abad ini. Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak akan berfikir dua kali lagi untuk mendapatkan telefon pintar ini.
Penyanyi dan hos, Roslan Shah awal semalam menerusi Instagram ada merakamkan rasa terharu apabila usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri bermurah hati untuk mendermakan wang tunai sebanyak 10,000 Dollar bagi meringankan beban ibunya yang kini menghidap kanser perut tahap 4.
Menerusi ruangan kapsyen menerusi entri kenyataan, Roslan yang mesra disapa Cik Lan yang terkejut dengan tawaran tersebut mengakui sudah lama mengenali Aliff dan isterinya kerana pernah saling bekerjasama.
Aliff bersama isterinya, Datin Seri Shahida sekeluarga melawat itu bintang asal Singapura itu Sabtu lalu.
“Rasa terharu, terasa terkejut Dan terasa tidak percaya…Pemberian Dato Seri Aliff Syukri Dan Datin Seri Shahidah dengan hati yang ikhlas Dan Manusia yang Mulia di muka bumi ini…Cik lan tolak Cara yang baik Dan terlalu banyak.
“Cik lan sebenarnya nak merahsiakannya tetapi ini adalah cerita yang baik …Sekeluarga datang ke rumah cik lan gara gara hendak mengziarahi Ibu tercinta cik lan yang sedang Sakit tahap Stage 4 penyakit kanser Perut itu bagi cik lan dah terasa terharu kerana mengziarahi Ibu tercinta cik lan.
“Cik lan dah kenal Dato Seri Dan Datin Seri lebih 6 Tahun kerana cik lan terpilih mengikuti Road Tour Dherb sebagai pengacara majlis Dan menyanyi bersama mereka 2 tahun berturut -turut, yang cik lan tahu semasa bekerja Dato Seri Dan Datin Seri seorang yang tegas semasa kerja Dan sangat displine.
“Tak suka orang mencuri, cakap bohong, meminta-minta Dan Tak suka memburuk-burukkan orang. Itu lah Cara Dato Seri Dan Datin Seri suka orang yang ikhlas, Jujur Dan Amanah…Kalau Kasi marah dato Seri Aliff Syukri Memang boleh roboh bangunan yang baru siapa ya…Awasss! hehehe,”tulisnya.
Pada masa sama, Cik Lan turut meminta ramai supaya tidak menghakimi orang lain tanpa mengetahu diri mereka secara peribadi.
“Di sebaliknya insan yang berhati Mulia Dan sangat kasih sayang insan insan yang baik denganya di sebaliknya kalau sesiapa tidak mengenali Dato Seri Aliff Dan Datin Seri Shahidah mereka tidak tahu.
“Kita kena menghormati Dan jangan cepat menghukum sesama manusia yang Kita tidak mengenali ya….berbaik lah dengan sesiapa saja…insyallah Allah Akan Kasi rezeki kepada sesiapa saja.
“Dato Seri Aliff sebak Dan menangis Apabila melihat Ibu tercinta cik lan Sabtu lepas…Amin.
“Semoga Suami Isteri akan di sayangi Dan menghormati Datin Aliff Syukri Dan Isterinya Datin Seri Shahidah ya. Cik lan perlukan doa saja bukan kerana duit…amin..insyallah rezeki Ada di Mana-mana,” tulisnya panjang lebar.
Lalu menerusi entri terkininya pula, Cik Lan memaklumkan dirinya tidak menerima sumbangan yang mahu disumbangkan pasangan usahawan berkenaan. Kenyataan sama turut dikongsikannya menerusi Insta Stories.
“Bagi Cik lan Doakan untuk Ibu tercinta cik lan Puan Mariam Bte Kari sudah bersyukur. Amin,” tulis Cik Lan.
Foto: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chadwick Boseman merupakan seorang pelakon yang disegani ramai. Mula bergiat serius dalam dunia seni pada tahun 2000, namanya berada di puncak apabila terpilih untuk memegang watak adiwira Black Panther pada tahun 2018. Sebagai watak adiwira utama pertama berkulit hitam yang diketengahkan, filem tersebut meraih kejayaan besar dan sekaligus membuatkan dia terkenal seluruh dunia.
Namun begitu siapa sangka, dia telah menhembuskan nafasnya yang terakhir tahun lalu akibat penyakit kanser kolon pada usia 43 tahun. Sebelum itu kelibatnya yang tampil kurus telah menimbulkan pebagai spekulasi. Dia yang berahsia tentang penyakit yang dihidapinya meninggal sambil dikelilingi keluarga terdekat di rumah.
Setahun selepas kematiannya, kini nama pelakon popular ini telah secara rasminya diabadikan pada salah sebuah kolej seni halus di Universiti Howard, Washington D.C. Kolej tersebut telah dinamakan sebagai Chadwick A.Boseman College of Fine Art.
Chadwick menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Howard
Menurut hantaran yang dimuat naik di ruang Instagram Universiti Howard tertera penjelasan, “Kelmarin pemasangan papan tanda Kolej Seni Halus Chadwick A. Boseman telah dilakukan. Seorang ikon dalam kelasnya tersendiri dan telah meninggalkan legasi yang tidak terukur bagi legasi yang seterusnya. Terima kasih Mr.Boseman.”
Keputusan untuk menukar nama kolej tersebut telah diumumkan pada Mei tahun ini lagi. Chadwick merupakan graduan dari Universiti Howard dan tamat pengajian pada tahun 2000. Sejak itu di banyak memberi sokongan dalam pembangunan universiti tersebut.
Diharapkan dengan penjenamaan semula nama kolej tersebut memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk cemerlang di dalam bidang seni sebagaimana cemerlangnya Chadwick dalam kerjayanya.
Pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil ada menjelaskan mengapa sehingga kini dia dan isteri masih belum berkongsi nama serta wajah bayi sulung mereka itu.
Menurut Ruzaini, dia hanya akan mendedahkan nama anaknya itu sebaik sahaja urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selesai dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Ruzaini ada memberikan gambaran awal bahawa nama anaknya itu akan tetap bermula dengan ‘Wan’ seperti namanya juga.
“Assalamualaikum. Buat yang bertanya tentang baby saya, terima kasih saya ucapkan. Alhmdulillah ramai yang sayang dia.
“Nama saya masih belum reveal sebab ingat nak settlekan pendaftaran dulu dgn JPN dan temujanji 25hb November ini. Yang pasti, nama memang akan mula dengan “Wan” sebab ikut abah dia,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengusaha jenama Rizman Ruzaini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ruzaini turut mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun Instagram anaknya itu sebagai tanda kenang-kenangan pada masa akan datang.
“Lately baru berkesempatan untuk buat ig baby iaitu @babyruzaini . IG ni saya dan isteri decide untuk buat supaya nanti momen-momen indah anak kesayangan kami ni dapt kami tatap bila tua nanti (InsyaAllah jika panjang umur).
“Gambar pertama baby InsyaAllah saya akan kongsi tidak lama lagi. Nak tunggu besar sikit memandangkan baby kami lahir awal dari tarikh yang sepatutnya,” kongsinya.
Bagaimanapun, Ruzaini juga ada memaklumkan anaknya kini sedang mengalami demam kuning dan kerana itu dia memohon doa orang ramai supaya bayinya itu lekas sembuh.
“Tadi checkup kuning baby naik, dikesempatan ni saya nk mohon supaya aunties and uncles doakan cepat baik kuning baby Wan ni ye. Aminnnn,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak sabar menantikan wajah comel bayi itu.
Terdahulu, Ruzaini telah pun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nurul Hayati pada tanggal 5 Februari 2016.
Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 28 Oktober 2020.
Sumber: Instagram Ruzaini Jamil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Jepun dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi muda, Mizuki Itagaki, yang disahkan meninggal dunia pada usia 24 tahun.Berita sedih itu dimaklumkan oleh...