Sejak melancarkan model telefon pintar flagship terbaru, HUAWEI P40, syarikat pembekal alat telekomunikasi ini sekali lagi mengejutkan semua pencinta gajet apabila melancarkan model terbaru iaitu HUAWEI P40 Pro+.

HUAWEI terus membuatkan orang ramai teruja dengan kepintaran dan kecemerlangan teknologi yang mereka miliki untuk menghasilkan telefon pintar serba canggih yang dilengkapi dengan perkakasan luar biasa seperti sitem pemprosesan Kirin 990 5G.

Untuk pengetahuan anda, HUAWEI P40 Pro+ merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menyediakan pengalaman kelajuan 5G selain reka bentuknya yang unik kerana turut disertakan dengan kemasan seramik.

Seperti kebiasaan, HUAWEI P40 Pro+ akan terus menerajui keyakinan para pengguna menerusi beberapa ciri-ciri menarik yang dimilikinya;

  1. Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta

Ini 3 Sebab HUAWEI P40 Pro+ Adalah Telefon Pintar Paling Gempak, Sangat Cool!

Bagi pencinta fotografi, peranti ini pasti akan memberikan anda merasai pengalaman menakjubkan kerana ia dilengkapi dengan sistem kamera belakang lensa penta yang merangkumi sensor kedalaman bagi menyokong apa jua keadaan termasuklah ketika di dalam penerbangan serta menawarkan kesan bokeh yang jauh lebih baik.

Pada bahagian kamera, ia disertakan dengan sensor utama 50MP, dilengkapi sensor sudut lebar 40MP, sensor telefoto 10x 8-megapixel, dan sensor telefoto 3x 8-megapixel, sensor ToF selain sensor untuk pencahayaan suhu.

Fungsi ToF juga membantu dalam penghasilan autofokus, potret, dan beberapa mod video yang lebih canggih.

HUAWEI P40 Pro+ digabungkan dengan video 4K yang lancar, bingkai sehingga 60fps, prestasi cahaya rendah Pixel menjadikan ia peranti pengimejan yang sangat berteknologi tinggi!

IKLAN

Juga, ia dilengkapi dengan AI Golden Snap HUAWEI yang memudahkan pengguna membuang imej yang tidak diingini (remove passerby), pantulan atau bayang dan merakam detik-detik indah.

  1. Sentuhan tanpa sempadan!

Ini 3 Sebab HUAWEI P40 Pro+ Adalah Telefon Pintar Paling Gempak, Sangat Cool!

Hanya dengan menggunakan satu sentuhan, anda boleh menghubungkan HUAWEI P40 Pro+ bersama HUAWEI MateBook menjadi gabungan peranti yang hebat.

Apabila kedua-dua peranti ini bergabung di dalam satu skrin, anda boleh menghantar fail, gambar dan macam-macam lagi antara kedua-dua peranti ini dengan hanya menarik dan meletak (‘drag and drop’), selain ‘copy & paste’ antara kedua-duanya. Ia juga berfungsi pada HUAWEI Matepad Pro 5G.

Panel Kawalan Berbilang Peranti (Multi-Device Control Panels) menyediakan platform yang membolehkan anda melihat setiap peranti yang disambungkan dalam jarak yang dekat. Bagi meningkatkan pengalaman semasa menggunakannya, panel ini juga akan secara bijak mengesyorkan peranti-peranti yang berdekatan.

IKLAN

Sebagai contoh,  ketika pengguna mendengar muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X yang berhampiran, Multi-Device Control Panels akan menyarankan anda untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar bagi mendapatkan kualiti audio yang lebih baik. Pengguna juga boleh menyambungkan telefon pintar dengan HUAWEI Sound X hanya dengan satu sentuhan. Sangat mudah bukan?

Selain itu, HUAWEI P40 Pro+ turut dilingkapi dengan aplikasi panggilan video HUAWEI MeeTime yang menyokong semua jenis panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI.

Peranti ini memanfaatkan sepenuhnya integrasi antara perisian dan perkakasan HUAWEI dalam memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.

  1. Petal Search Widget – Pilihan sejuta aplikasi

Ini 3 Sebab HUAWEI P40 Pro+ Adalah Telefon Pintar Paling Gempak, Sangat Cool!

Turut diperkenalkan ialah widget carian baru iaitu Petal Search – Find Apps bagi membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang diingini.

IKLAN

Ciri ini memberikan pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang paling ‘awesome’ dan belum pernah mereka alami sebelum ini.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps ini, ikuti sahaja tiga langkah mudah ini;

Langkah 1: Setelah semuanya siap, klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama untuk memulakan carian.

Langkah 2: Aplikasi Petal Search Widget akan memaparkan aplikasi teratas yang boleh para pengguna muat turun. Klik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.

Langkah 3: Petal Search Widget – Cari Aplikasi akan memaparkan hasil carian yang paling relevan mengikut permintaan anda. Ini merangkumi apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, download melalui pautan rasmi, mengemas kini versi web baharu, atau muat turun dari pihak ketiga yang lain.

Ini adalah tiga sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah salah satu peranti pintar flagship yang terhebat abad ini. Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak akan berfikir dua kali lagi untuk mendapatkan telefon pintar ini.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI