Menerusi entri terkini Fakhrul UNIC berkongsi ‘doa’ paling hebat dalam dunia dan pasti diizinkan Allah seandainya keluar daripada mulut ibu.
Ulas penyanyi nasyid ini, ibunya akan mengambil tahu jadual peperiksaan anak-anak dan akan membaca surah Yasin ketika anak-anak sedang menjawab soalan.
“Hampa kalau ada “doa” power ni jgn sesekali lupa mintak..InsyaAllah mustajab. Mak sy punya power dia mmg time kami adik bradik exam pun dia tau jadual..so time ank2 jwb exam dia baca yasin..rasa serba salah beb nak usha member sebelah.”
Tambahnya lagi, anak-anak seringkali lupa mendoakan ibu bapa sedangkan kedua-dua orang tua ini tidak pernah berkira dalam apa jua perkara dan sentiasa berkorban untuk anak-anak.
“Moga Allah berkati ibu ayah kita yg tak pernah berkira pun utk doa yg baik2 buat anak2..kita yg anak ni je selalu lupa nak sebut nama mak ayah dlm doa..nama crush smpai bwk ngigau.”
Netizen turut terharu dengan perkongsian perbualan kedua-dua beranak ini menerusi aplikasi Whatsapp apabila di ibu menyarankan anak lelakinya membuat air Yasin sementelah penyakitnya tidak sembuh walaupun telah berjumpa doktor.
Foto – Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 telah dilancarkan di Glam Hall, Damansara.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.
Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.
Terdahulu, di dalam acara pelancaran pada Jumaat lalu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.
Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.
Penyanyi Adira menitipkan ucapan selamat hari jadi buat rakan artis, Bella Astillah yang kini genap 30 tahun usianya.
Sambil memuat naik video dirinya yang berada di sisi Bella ketika detik awal isu hangat membabitkan suaminya, Aliff Aziz diperkatakan, Adira turut mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Selamat ulang tahun adikku. Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak-anak.
“Akak nak adik tahu yang akak akan selalu ada kalau adik perlu akak. Akak sayang adik dunia akhirat,” tulisnya.
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, industri hiburan tanah air, hari ini dikejutkan dengan perkhabaran mengenai perceraian melibatkan penyanyi, Nubhan Ahmad dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.