Nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila dia sekali lagi terbabit dalam isu skandal pasangan heroin dalam drama.

Walaupun kontroversi sudah berakhir dengan sesi permohonan maaf dari rakan pelakon, namun netizen terus mendoakan agar ada sinar bahagia buat hubungannya bersama Bella Astillah.

Apa-apapun, ini fakta menarik mengenainya.

Muhammad Aliff bin Aziz lahir pada 16 Februari 1991 merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura dan kini menetap di Malaysia.

Mempunyai adik perempuan kembar seiras iaitu Nur Aisyah Aziz dan Nur Ain Aziz. Mereka mempunyai darah kacukan Arab.

Ads

Pernah bercinta dengan Anne Ngasri selama lapan bulan dan sepatutnya menamatkan zaman bujang pada Disember 2012 namun Anne terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dengan ahli politik yang juga suaminya sekarang, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Pada penghujung 2014, pernah dikatakan terlibat dakwaan mencuri telefon bimbit. Bagaimanapun, isu tersebut difahamkan sudah lama selesai.

Ads

Sah menjadi suami kepada Bella Astillah pada 9 September 2016 selepas hampir setahun mengikat tali pertunangan. Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean, dua tahun.

Pernah dikaitkan dengan kontroversi rumahtangga apabila terkait dengan cinta lokasi apabila menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Kedua-duanya ditemui di sebuah pusah hibhran dan Bella pada waktu itu baru sahaja melahirkan anak dan sedang berpantang.

Ads

Terbaru, nama Aliff sekali lagi panas apabila Bella meluahkan kesedihan apabila suaminya itu keluar bersama Oktavia Manrose. Kedua-duanya didakwa berkunjung ke kelab malam bersama-sama.

Foto – Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI