Pelakon Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut Nelydia, dia bersyukur apabila dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan rukun islam kelima itu.

Perkara tersebut dimaklumkan adik kepada kepada aktres Uqasha itu menerusi sebuah hantaran di Instagtam yang dikemas kini.

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawaduk, di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji.

Ads

“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja atau terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ads

Menerusi foto yang dimuat naik, pasangan tersebut yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut memohon doa agar mereka selamat pergi dan balik.

Ads

“Saya mohan agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur.

“Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat,” luahnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI