Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein memanjatkan rasa syukur dengan rezeki melimpah ruah yang telah dikurniakan kepadanya sepanjang tahun 2024 ini.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia menganggap segala yang dikecapinya ketika ini merupakan rezeki keluarga terutamanya buat anak-anak.

“Ini Adalah Masa Saya, Ia Juga Akan Hilang Nanti,”- 2024 Tahun Murah Rezeki, Elly Mazlein Sentiasa Ingat Diri Usah Sombong

“Alhamdulillah, boleh dikatakan, 2024 ini merupakan tahun yang paling murah rezeki buat saya dan keluarga. Terima kasih kerana memberikan saya banyak peluang dan kepercayaan.

“Saya betul-betul tak sangka. Ini rezeki anak-anak,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Kampung People ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan kelima dan pengumuman duta kedai emas, Merchant 9, baru-baru ini.

Pada masa sama, Elly memaklumkan dia sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tidak sombong dengan segala nikmat yang diberikan Allah SWT.

Ads

“Ini Adalah Masa Saya, Ia Juga Akan Hilang Nanti,”- 2024 Tahun Murah Rezeki, Elly Mazlein Sentiasa Ingat Diri Usah Sombong

“Segala yang berlaku ini merupakan rezeki. Setiap orang mempunyai masa dan ketika. Alhamdulillah, saat ini, masa dan ketika itu adalah milik saya.

“Jangan risau, setiap orang akan turut merasai momen seperti ini. Malah, momen ini juga akan hilang. Jadi, sementara masih ada, jika diberikan peluang, kita buatlah sebaik mungkin.

“Namun, rezeki seperti ini tidak datang dengan mudah. Ia datang kerana izin Allah SWT dan usaha kita sendiri. Bila kita buat yang terbaik, in sha Allah, orang akan nampak kerja kita.

Ads

“Saya yakin, anda di luar sana juga akan merasai momen seperti ini satu hari nanti sama ada cepat atau lambat,” kongsinya lagi.

Ditanya adakah tawaran menjadi duta ini bernilai jutaan ringgit, ini jawab Elly;

“Ini Adalah Masa Saya, Ia Juga Akan Hilang Nanti,”- 2024 Tahun Murah Rezeki, Elly Mazlein Sentiasa Ingat Diri Usah Sombong

“Tidaklah sampai berjuta. Saya hanya akan menerima sesuatu tawaran itu jika kena dengan minat dan kesukaan saya.

Ads

“Saya memang suka emas. Jadi, bila dipilih menjadi duta, tak mungkin saya tolak.

“Saya seronok bekerja dengan mereka. Jadi, saya sama-sama bekerja dengan team konten untuk fikirkan idea yang mampu menarik minat ramai untuk datang ke Merchant 9,” akhirinya.

Selain dilantik sebagai duta, Merchant 9 turut melancarkan set barang kemas terbaharu yang diberi nama Kepom Exclusive.

Selepas cawangan di Damai, Nilai, Sungai Besi dan Taman Tun Dr Ismail, kini cawangan ke lima Merchant 9 telah dibuka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI