Pasangan usahawan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel syukur teruja membawa kira-kira 20 usahawan di bawah payung Wawa Cosmetics untuk sama-sama mengerjakan umrah tahun ini.
Rombongan yang terdiri daripada 32 jemaah termasuk ahli keluarga pasangan terbabit berangkat ke Tanah Suci, malam ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Wawa, 31, berkata dia bersyukur kerana hajat untuk membawa para usahawan terpilih untuk mengerjakan umrah dimakbulkan demi mencari keberkatan dalam perniagaan.
“Sebelum ini kita ada bawa mereka melancong ke luar negara selain penghargaan yang lain-lain. Cuma kali ini saya dan Aeril sepakat untuk ambil pendekatan berbeza iaitu dengan membawa mereka sama-sama untuk tunai umrah.
“Ini adalah yang terbaik, semoga kami raih umrah mambur. Ini kali keempat saya mengerjakan umrah. Cuma dua anak kami tak ikut kerana ada peperiksaan,” katanya.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Gala Appreciation Awards 2023 di Putrajaya, pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, Wawa dan Aeril optimis meletakkan sasaran jualan RM50 juta pada tahun ini.
“Majlis ini sebagai penghargaan kepada para usahawan Wawa Cosmetics yang telah pun banyak bersusah payah. Memang kita jayakan acara seperti ini setiap tahun bagi meraikan mereka.
Ads
“Syukur sebab tahun lalu jualan kita berjaya capai sebanyak RM32 juta dan kami sasarkan jualan sekitar RM50 juta, insya-Allah,” katanya.
Ditanya mengenai jumlah sasaran tersebut, Wawa dan Aeril meletakkan sasaran sedemikian susulan progres pasaran semasa produk jualan.
“Amaun berkenaan adalah mengikut logik sebab sebelum ini, jualan kita capai RM18 juta, kemudian ia meningkat kepada RM32 juta tahun lalu. Jadi tahun ini kita anggarkan kenaikan yang serupa.
“Tidak dinafikan sesuatu bisnes yang dijalankan itu akan ada turun naiknya. Bagaimanapun saya percaya, kita perlu ada strategi dan target jualan juga. Misalnya kami di Wawa Cosmetics, kita sasarkan jumlah berkenaan berdasarkan kepada kapasiti.
Ads
“Maksudnya, sudah sedia ada berapa jumlah sasaran untuk setiap bulan hingga ke akhir tahun. Jadi sepanjang tahun sudah tentu kita akan lalukan pelbagai perancangan demi memastikan target tersebut boleh dicapai.
“Ya, bukan mudah sebenarnya sebab ia perlukan pengorbanan daripada segi masa dan juga tenaga. Apa pun, hasil kerjasama sepasukan tak mustahil apa yang diimpikan mampu direalisasikan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan penyanyi, Nadeera yang menyampaikan dua buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Cik Manggis baru-baru ini menerusi pujian penonton atas kejayaannya mengendalikan program hiburan, MeleTOP di samping hos Nabil Ahmad.
Dilihat relak dan tampak santai ketika mengacara, ramai di kalangan peminat yang terus mahu ahli kumpulan De Fam itu di set rancangan berkenaan selepas ini.
“Alhamdulillah, selesai tugas hari ni. Thank you @meletop & @nabilzira for the opportunity.
“Also, to my kakak syg @nvdism sudi makeupkan saya & @syomirizwagupta for my baju! Sayang semua Paling sayang, @syazminfirdaus!,” tulisnya pada satu hantaran di Instagram.
Lalu meninjau ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan reaksi positif dan ada di antara komen berkenaan mendapat reaksi pemilik nama lengkap Nurshazwani Shamsuddin ini.
Antara selebriti yang turut dijemput sebagai tetamu kali ini ialah Azwan Ali, Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Khir Rahman, Imuda, Michael Ang, Uqasha Senrose, Wani Syaz dan Waris.
Program MeleTOP bersiaran setiap Rabu jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Foto: Instagram Cik Manggis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didakwa telah mempersendakan agama Islam.
Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembahyang.
Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.
Jelas Mila, dia berasa amat sedih
sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari.
“Luluh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’.
“Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT.
Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.
“Kita semua pendosa, Allah tutup aib kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bersalah…
“Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat.
Sumber: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!