Bakal membawakan lagu Mahligai Syahdu dendangan penyanyi senior, Datuk Hattan, peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik di konsert minggu ke-empat yang bakal berlangsung pada Ahad.
Menurut Fazley, selepas menonton satu temu bual di sebuah program televisyen membabitkan Datuk Hattan, kini baru dia mengetahui lagu Mahligai Syahdu ini sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam.
“Minggu ke-4? MasyaAllah, ini rezeki yang saya tak pernah sangka. Saya tahu saya bukan terbaik di kalangan mereka yang hebat dalam Gegar Vaganza 8.
“Namun, saya bagi sehabis daya untuk berlatih demi memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.
“Minggu ini lagu “Mahligai Syahdu” dari kekanda saya @dato_hattan merupakan lagu yang saya sendiri tak sangka mempunyai maksud yang sangat mendalam buat Abang Hattan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Fazley juga turut menyifatkan kisah disebalik lagu ini banyak berkait rapat dengan dirinya memandangkan ia merupakan lagu yang didekasikan khas oleh Datuk Hattan buat arwah bapanya.
“Abang Hattan menyatakan bahawa ini adalah lagu yang paling jarang dinyanyi kerana dia sendiri dicengkam perasaan dan memori mengingatkan beliau kepada arwah Ayah beliau yang telah pergi.
“Dan rupa-rupanya lagu ini mengisahkan tentang Mahligai Syahdu yakni pusara ayah Abang Hattan yang tercinta. Saya rasa sangat terkesan bila mengetahui bahawa ini adalah lagu yang memberi maksud yang sebegitu rupa kepadanya.
“Terkesan kerana ayah saya juga telah pergi, saya juga sering ke pusara ayah saya untuk membaca Yasin walaupun sudah 5 tahun beliau pergi dan saya faham perasaan Abang Hattan yang baharu saja kehilangan ibu tercinta pula pada minggu ini,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia merancang untuk mengadakan gimik atau elemen kejutan sewaktu di konsert nanti, Fazley memaklumkan dia sebolehnya mahu mengimbangkan diantara persembahan pentas dan suara.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan saya kekuatan dan keyakinan sepanjang saya berada dalam GV.
“Jika ada yang bertanya — Akankah ada sesuatu yang istimewa yang saya bakal tampilkan minggu ini, sudah tentu ada gimik dan sedikit kelainan, kerana saya percaya persembahan pentas juga penting disamping persembahan suara.
“Saya cuba yang terbaik sehabis daya mengikut kemampuan saya untuk Abang Hattan dan juga untuk semua yang menyokong saya minggu ini,” ulasnya lagi.
Fazley turut menambah, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk terus menghiburkan peminat yang sentiasa menyokongnya sepanjang bertanding di program GV8.
“Jika minggu pertama saya nervous, minggu kedua saya terkesan dan tersedu-sedan diatas pentas kerana ayah saya, minggu ketiga saya berdangdut untuk semua orang agar mereka happy dengan persembahan saya.
“Minggu ke-4 ini saya tumpukan semata-mata untuk menampilkan keupayaan vokal saya menyampaikan lagu yang memberikan maksud yang sangat mendalam kepada empunya lagu.
“Al-Fatihah buat ibu atau bapa kita yang telah pergi menghadap Illahi,” akhirinya.
Konsert minggu ke-4 Gegar Vaganza 8 boleh ditonton pada Ahad ini jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Fazley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Heliza Helmi ada memuat naik foto bersama keluarganya.
Berlatarbelakangkan kota suci Mekah, Heliza turut menitip ucapan kelahiran buat ibunya, Latifah Mohamad.
“Sanah Helwah seorang insan yang mulia Mama Tersayang. Pada 19/4 ini merupakan hari lahir insan tersayang yang terlalu banyak pengorbanannya, tak terkira.
“Moga Allah sahaja dapat balas kebaikan Mama dengan memberikan kebahagiaan dunia akhirat sampai Syurga Tertinggi. Moga ALLAH satukan kita sekeluarga di Syurga ALLAH swt. Aamiin The true Mujahidah. MAMA
“Mohon titipkan doa buat MAMA ( LATIFAH BINTI MOHAMAD) Antara satu hajat besar Mama bagitau tadi, Mama nak sangat satu keluarga pergi HAJI sama sama dalam keadaan kebaikan. Mohon doa ALLAH tunaikan hajat Mama dan kami semua ini ya,”tulisnya.
Lalu,gambar tersebut dihujani komen yang pelbagaidari netizen.
Dalam perkembangan lain, Heliza kini terlibat dengan aktiviti kemanusiaan bagi membantu rakyat Syria.
Foto: IG Heliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli, Anis Sofea semakin hangat diperkatakan netizen.
Ia susulan selepas Anis membuat keputusan mengejutkan untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Tidak terhenti di situ, Sofea sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dirinya telah diperkenalkan sebagai duta untuk sebuah jenama produk kecantikan.
Lantaran itu, wajahnya kini banyak menghiasi hantaran-hantaran di platform media sosial jenama berkenaan.
Terbaru, menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok, penampilan terkini Anis nyata menarik ramai pihak.
Ramai yang mengatakan wajah Anis persis usahawan terkenal, Kak KM dan anggota kumpulan K-Pop popular, Blackpink iaitu Jisoo.
Malah, mereka juga turut memuji kecantikan Anis menerusi video berkenaan.
“Dia ni cantik, tinggi dan kulit mulus. Serius cakap.
“Cantik tapi masa bertudung lagi hebat auranya.
“Actually dia ni boleh jadi macam Keknis. Ada class gitu.
“Ada juga nampak macam Elizabeth Tan.
“Muka sesuai pakai tudung. Apapun, Moga dipermudahkan,” antara komen-komen netizen di Tik Tok
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir satu juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Sakadar informasi, Anis dan Haqiem telah mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anis Sofea dan Tik Tok Laurel B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...