Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mempersoalkan mengenai ketidakhadiran heroin drama episod, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakbah pada sidang media naskhah berkenaan, hari ini.

Kenyataan tersebut dikongsikan Bella menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab  ianya sahih,” luahnya.

“Ini Baru 10%,” – Bella Astillah Dedah Tangkap Layar Perbualan, Tempelak Kenapa Sophia ‘Lari’, Tak Datang Sidang Media“Ini Baru 10%,” – Bella Astillah Dedah Tangkap Layar Perbualan, Tempelak Kenapa Sophia ‘Lari’, Tak Datang Sidang Media

Ads

“Ini Baru 10%,” – Bella Astillah Dedah Tangkap Layar Perbualan, Tempelak Kenapa Sophia ‘Lari’, Tak Datang Sidang Media“Ini Baru 10%,” – Bella Astillah Dedah Tangkap Layar Perbualan, Tempelak Kenapa Sophia ‘Lari’, Tak Datang Sidang Media
Menerusi hantaran sama, Bella turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu, dipercayai Sophia.

Antara perbualan tersebut termasuk permohonan maaf daripada individu terbabit selain mahu memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan menganggu Aliff.

Dalam masa sama, dia turut merayu supaya hal ini dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Ads

Dalam pada itu, Bella akui dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut lagi, namun status yang didakwa ditulis individu tersebut mengundang rasa kurang kepada dirinya.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi  bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia…Tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya lagi.

Bella menambah, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.

Ads

“Ini baru 10 peratus,” tulisnya lagi.

Terdahulu Aliff tampil mengulas dakwaan ada wanita yang cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Dalam masa sama, Aliff turut meminta individu tersebut untuk mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan konflik yang berlaku.

Kontroversi tercetus selepas ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan seorang pelakon yang didakwa berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI