Selebriti popular, Elly Mazlein tampil bersuara sejurus memilih untuk mengundirkan diri daripada mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di samping dua rakan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Elly bertegas, keputusan tersebut adalah atas kerelaannya sendiri dan perkara itu dijelaskan penyanyi lagu Disapu Awan ini menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Menerusi hantaran sama, Elly yang mesra disapa Kak Lina turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan perkara tersebut hanyalah gimik promosi.
“Sayang. Ini semua bukan salah Astro. Ini semua bukan gimik, seperti Nabil Ahmad cakap. Inilah kenyataan di mana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya.
“Ya… Tiada lagi… Cukup. Ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ni ya.
“Untuk bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian lain, Elly juga menafikan yang dirinya sedang hamil anak ketiga.
“Sayang… Kepom tak mengandung. Kepom dan suami baik sahaja, Kepom dan anak baik sahaja. Alhamdulillah,” tulisnya yang sempat menyatakan sokongannya kepada penyanyi yang bakal berduet di ASGV minggu hadapan bersama Ezad Lazim iaitu Mamat Exist.
“Mamat… Nanti Mamat buat yang terbaik ya. Ayin tengok mamat dari rumah. Ayin selamanya sokong Mamat walau apa pun. Ezad pun ya… Ayin sayang korang. Exist dihati Ayin,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai keputusan Elly yang kini tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza disebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara prorgram realiti tahunan itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI