“Ini Bukan Iklan Berbayar, Tapi…,”- Belikan Sejadah Panduan Solat, Inisiatif Sarah Hildebrand Bimbing Suami Terima Pujian Netizen

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai inisiatif pelakon, Lana Nordin yang menjemput seorang ustazah bagi mengajar anak dan juga suaminya yang juga merupakan seorang muallaf mengenai cara-cara menunaikan solat dengan betul.

Gini giliran seorang lagi pelakon iaitu Sarah Hildebrand untuk melakukan perkara yang sama.

Terbaru, Sarah ada berkongsi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram memaparkan suaminya, Otto Gillen sedang duduk diantara dua sujud di atas tikar sejadah panduan solat.

Pada tikar sejadah tersebut, telah tertera segala rukun solat bagi sesiapa sahaja yang ingin mengikutinya.

Menurut Sarah, entri tersebut bukanlah bertujuan sebagai iklan berbayar sebaliknya dia hanya ingin berkongsi mengenai manfaat tikar sejadah tersebut.

“Ini bukan iklan berbayar dan saya juga tidak menjual produk ini, tetapi saya hanya berkongsi untuk mereka yang berminat membeli tikar sembahyang ini untuk rakan mualaf, anak-anak, atau untuk seseiapa yang ingin belajar serta perbetulkan solat mereka,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan ternyata mendapat reaksi positif dikalangan netizen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selian turut menitipkan doa semoga urusan pasangan tersebut sentiasa dipermudahkan.

Terdahulu, Sarah telah pun mendirikan rumah tangga bersama Otto yang juga merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada tanggal 3 November 2019.

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

Published by
Aizam Manaf