Pelakon Fizo Omar mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.

Menerusi Insta Stories pada Jumaat, bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta peminat agar tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Malah Fizo, 36, turut memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,” – Fizo Selar Akaun Palsu!

“Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah sape sape. Kpd yg berkenaan stop gunakan nama org lain utk kepentingan peribadi!,” tulisnya.

Justeru, penjelasan yang dibuat Fizo setidak-tidaknya meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka sejak semalam.

Ads

“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,” – Fizo Selar Akaun Palsu! “Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,” – Fizo Selar Akaun Palsu!

Terdahulu media melaporkan, pengurus kepada aktor berkenaan, Mimi mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya berusia 25 tahun itu  di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Ia dilangsungkan secara tertutup kira-kira jam 10.00 pagi.

“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,” – Fizo Selar Akaun Palsu!

Ads

Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada Khamis, Fizo memuat naik fotonya yang mengenakan baju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Sekadar mengimbas, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013.

Bagaimanapun keduanya berpisah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI