Bergelar selebriti atau tidak, ramai orang mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di saat penularan wabak Covid-19 melanda diseluruh dunia.
Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi misalnya turut mengambil inisiatif murni dengan menyediakan kemudahan buat para ‘frontliners’ yang bertungkus-lumus menangani penularan wabak Covid-19.
Lalu, Aznil atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Nil menyediakan pelindung muka untuk kegunaan kepada ‘frontliners’.
Ads
“Terus kami satu family istiqomah sediakan face shields ini untuk frontliners. Rumah kami pun dah bentuk kilang tapi ini bukan masa nak bermegah umah cantik nak raya!!
Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini turut menyaksikan beberapa selebriti tempatan yang berbangsa Tionghua berkongsi momen bermakna mereka bersama keluarga tercinta.
Misalnya bintang YouTube yang kini bergelar pelakon, Sean Lee Jia Ern atau lebih sinonim dengan panggilan Seanlje tidak melepaskan peluang mengisi masa bersama ahli keluarga, lalu berkongsi kegembiraan menerusi media sosial.
Sepotong video yang menyaksikan bintang muda itu sedang bermesra dengan nenek menjadi perhatian netizen, terutamanya di kalangan gadis.
“Tag your granny because I’d like to know them and give them the love they deserve,” tulisnya.
Sambil merakamkan ucapan buatnya, ada peminat yang ‘cair’ dengan gelagat bintang yang muncul menerusi muzik video Ayda Jebat berjudul Tembarang itu dan tidak kurang yang mahu cari teman lelaki yang memiliki sikap seperti Seanjle!
Foto: Instagram Seanlje
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui perkahwinan di antara Putera Mateen atau nama penuhnya Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Anisha Rosnah yang bakal berlangsung bulan ini.
Beberapa hari lalu, putera raja negara Brunei Darussalam itu memuat naik gambar dirinya bersama Anisha lalu menjadi sorotan ramai yang memuji penampilan dan keserasian mereka berdua.
Jom kita kenali serba sedikit tentang bakal suri hati Putera Mateen ini.
Nama penuh Anisha ialah Dayang Anisha Rosnah binti Adam. Beliau juga popular dengan nama Anisha Isa-Kalebic.
Nama Isa-Kalebic merupakan gabungan nama keluarga sebelah ibu dan ayahnya.
Mendapat pendidikan di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara. Anisha juga merupakan seorang usahawan.
Beliau memiliki perniagaan fesyen yang dikenali dengan nama Silk Collective. Busana yang dijual jenama ini menampilkan pakiaan yang dihasilkan daripada sutera.
Selain itu, Anisha turut mengusahakan sebuah agensi pelancongan bersama temannya. Agensi tersebut dikenali sebagai Authentiary.
Gadis cantik ini mengenali Putera Mateen sejak kecil lagi lantaran persahabatan yang terjadi di antara kedua keluarga.
Abangnya, Daniel Isa-Kalebic merupakan salah seorang teman rapat Putera Mateen.
Beliau merupakan cucu kepada Pehin Dato’ Haji Awang Isa bin Awang Ibrahim yang merupakan penasihat khas Sultan Brunei.
Majlis pernikahan Dayang Anisha Rosnah bersama Putera Mateen akan berlangsung pada 11 Januari 2024.
Acara perkahwinan pasangan Diraja ini bakal bermula pada 7 Januari sehingga 16 Januari. Ketika ini persiapan sedang giat dilakukan.
Semoga berbahagia ke akhir hayat!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizi Ali Hari ini ada memuat naik satu posting terkini menerusi Instagram, menyatakan kesediaanya dalam menantikan detik kelahiran anak sulung.
Mengakui perasaannya kini bercampur-baur, Fizi bagaimanapun mengharapkan proses bersalin isterinya, pelakon Shakila Khoriri berjalan dengan lancar.
“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..tak tau apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..harap semua berjalan dengan lancar…semoga sis @shakillakhoriri kuat..love you,” tulisnya ringkas.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...