Meski perkembangan teknologi memberi ruang buat pencinta muzik seluruh dunia untuk memperolehi lagu-lagu kegemaran mereka menerusi platfrom media sosial, namun tidak dinafikan masih ada yang mahu memiliki album solo seseorang artis secara fizikal.
Isitmewa, jom kita ikuti apakah album yang kekal direkodkan sebagai album paling dunia setakat ini.
Thriller – Michael Jackson
Diterbitkan pada tahun 1982, album studio ke-6 dari Raja Pop Dunia, Michael Jackson kekal menjadi album terlaris sepanjang zaman. Sehingga kini, jualan album tersebut jauh meninggalkan rekod jualan album artis lain apabila mencatatkan penjualan melebihi 40 juta unit seluruh dunia. Malah, ada pihak yang tidak menolak penjualan album tersebut sebenarnya lebih jauh daripada apa yang dicatatkan secara rasmi. Antara lagu his menerusi album tersebut ialah Billie Jean dan Beat It.
Back In Black – AC/DC
Kumpulan muzik legenda asal Australia, AC/DC turut mencipta rekod cemerlang sepanjang penglibatan mereka di dalam bidang muzik dunia apabila album ketujuh mereka mencatatkan jualan melebihi 26 juta unit seluruh dunia. Meski tiga dekad, namun lagu-lagu daripada mereka kekal malar segar sehingga kini.
The Bodygurad – Whitney Houston
Kalau filemnya sudah meletop, versi album runut bunyinya pun melakarkan kejayaan cemerlang apabila disenaraikan sebagai antara album yang mencatatkan penjualan tertinggi. Diterbitkan pada tahun 1992, album berkenaan juga turut dinobatkan sebagai Album of The Year di Anugerah Grammy. Antara single popular yang terkandung di dalam album tersebut sudah tentunya, I’ll Always Love You dan I Have Nothing.
21 – Adele
Album kedua Adele, 21 yang dilancrkan pada 2011 disebut-sebut sebagai album alaf baru yang merekodkan jualan lebih 25 juta unit di seluruh dunia. Penjualan meyakinkan dari album tersebut sekali gus menyangkal pandangan ramai mengenai penjualan album studio kian terjejas kerana perkembangan teknologi. Nah, album ini telah melenyapkan persepsi berkenaan.