Usahawan sensasi, Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila kali ini berjaya membeli sebuah kereta mewah bagi memudahkan pergerakannya ke hospital untuk tujuan bersalin.
Menerusi Instagram, Liana yang lebih dikenali sebagai Kak KM telah berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan dia sedang meninjau kereta dari jenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan.
“Ini dia kereta baru Kak KM untuk pergi hospital nak pergi beranak insyaAllah,” katanya di dalam video berkenaan.
“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya pula ruangan kapsyen.
Di dalam video sama, Kak KM dilihat merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu bersama suami dan yang turut disaksikan ahli keluarga lainnya.
Video tersebut sudah pun menerima lebih 35,000 tontonan dan pelbagai komen telah ditinggalkan warganet.
Kebanyakannya memuji kereta berona merah itu selain tumpang gembira dengan rezeki untuk bayi yang dikandungnya.
Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli sebelum ini sudah pun memiliki tiga orang cahaya mata.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
1,000 Peminat Jadi Saksi, Konsert U.K’s Imbau Nostalgia; Rancang Konsert Di Singapura & Indonesia Pula!
Menghiburkan! Itu yang dapat dirumuskan sejurus menonton Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.
Dalam konsert yang berdurasi hampir tiga jam itu, U.K’s mempersembahkan seleksi 20 buah lagu hits kumpulan itu sekaligus mengubati rindu peminat setia mereka.
Konsert yang dihadiri lebih 1,000 peminat itu dibarisi line up U.K’s iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram).
Konsert bermula sekitar pukul 8.45 malam dengan segmen pertama mempersembahkan lagu Kau Satu-Satunya, medley lagu (Kembali Mencari, Membara, Berkat Kasihmu) dan Di Luar Kemampuanku.
Selain itu, Rondo Cinta Buta, Cintaku, Berkat Kasihmu, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku Di Menara, Pahit Akan Manis Akhirnya, medley (Untuk Apa, Balada Ani).
Lagu-lagu untuk segmen kedua pula Seksa, Sesak, medley (Kekasihku, Sebak, Gemak Kasih Sepanjang Usia) dan Kita Sama Sahaja (duet bersama Saari Amri).
Persembahan diteruskan dengan lagu medley (Terasa, Tergamak Kau, Bila Diri Disayangi), medley (Nafas Orang Kota, Prosarasa), medley (Satu Lilin Sehening Malam, Sudah Tiada Tunasnya), Kita Akan Dijemput dan Siapa Yang Rampas Cintamu.
Konsert U.K’s sepatutnya berakhir dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu namun atas permintaan dan sorakan peminat, kumpulan itu memilih untuk menyampaikan lagu terakhir berjudul Benar-Benar Sungguh-Sungguh.
Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof memberitahu U.K’s mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura selepas ini.
“Sebenarnya kami bukan tamat pada malam ini tapi akan lebarkan sayap ke Indonesia dan Singapura. Dengan sokongan yang kami harapkan agar selepas ni hajat dihati terlaksana.
“Tak terucap, sambutan peminat yang masih hafal lagu U.K’s, malah saya rasa lirik lagu melekat di hati peminat semua. Saya tak sangka lagu-lagu U.K’s boleh melekat lebih 20 tahun,” katanya.
Konsert U.K’s Reunion 25 tahun dibawakan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Babak Yang Mencabar Akal & Tingkah Saya,” – Bintangi Drama ‘One Million Dollar Voice’, Lah Ahmad Sahut Cabaran
Siapa sahaja yang tak kenal dengan Lah Ahmad? Penyanyi tampan dan bersuara lunak ini mula menempa nama sewaktu menganggotai kumpulan vokal lelaki popular, Voices Of Euphonious atau V.E.
Baru-baru ini, kemunculan Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad di Konsert Ruffedge telah menggamatkan suasana dewan sehingga konsert dikatakan terpaksa dihentikan seketika sehingga penonton bertenang.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Lah memaklumkan dirinya tidak menyangka bakal menerima sambuatan sehebat itu daripada para penonton.
“Alhamdulillah syukur. Saya sendiri tak sangka akan menerima sambutan seperti itu.
“Pada ketika itu, baru muncul di fikiran saya yang peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu-lagu saya bersama VE. Kami umpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada MH.
Tambah Lah lagi, dia juga tidak menolak untuk meneruskan projek kolaborasi bersama Ruffedge selepas ini.
“Alhamdulillah, saya dan Ruffedge baru sahaja melancarkan single berjudul Putus. InshaAllah akan ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan peminat sangat positif bila kami bersama,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Lah akui teruja apabila bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berkisarkan tentang program realiti nyanyian yang berjudul, One Million Dollar Voice.
Menurut Lah, memegang watak sebagai Joe sememangnya amat mencabar memandang dia harus bergandingan dengan ramai pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.
“Apa yang boleh saya katakan, drama ini memang lain daripada yang lain. Setiap watak mempunyai backstory dan agenda mereka untuk memenangi hadiah bernilai RM 1 juta.
“Ada beberapa babak yang mencabar akal dan cara lakonan saya. Namun, saya faham ia tetap harus dilakukan bagi memastikan kisah yang ingin disampaikan melalui watak Joe ini sampai je jiwa penonton.
“Saya anggap ia sebagai cabaran yang positif. Para pelakon telah memberikan yang terbaik dan semoga usaha kami ini diterima masyarakat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, ‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan tentang gelagat krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Dengan tekanan yang diterima, penerbitnya, TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruah serta rancangan terbitannya itu walau apa jua dugaan sekalipun.
Selain Lah dan Emma, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amelia Henderson, Ben Amir, Roy Azman dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran bermula 28 Ogos pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.
One Million Dollar Voice juga boleh distrim menerusi platform atas talian Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi, Ini Reaksi Lara Alana. Drama Siap Nangis!
Tindakan Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya membawa anaknya, Lara Alana berjumpa doktor gigi buat pertama kalinya mendapat pujian ramai.
Video yang dikongsikan di Instagram Lara Itu memaparkan aksi ‘menyentuh hati’ Lara di klinik gigi.
“Bagaimanapun, sebaik saja melihat peralatan dalam bilik it’s, dia mula menangis. Lara juga mudah belajar dari contoh dan sebab itulah kami turut sama-sama menjalani rawatan gigi.
Menurut Awal, sebagai ibu bapa, mereka sangat memahami setiap kanak-kanak itu ada kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan Lara yang takut dengan doktor dan peralatan untuk rawatan dalam klinik.
“Supaya dia dapat melihat sendiri bagaimana pemeriksaan gigi dilakukan di mana ia tidaklah seperti yang dia bayangkan. Insya-Allah, kalau dia lihat semua okey, dia juga akan lakukannya pada temu janji akan datang,” katanya.
Namun, pada usia Lara sekarang, mereka harus membawanya untuk menjalani pemeriksaan gigi sebagai salah satu langkah penjagaan gigi.
“Kalau boleh, kami tidak mahu paksa kerana doktor gigi memang akan guna banyak peralatan. Kami tidak buat kalau anak tak sedia lagi.
“Doktor di klinik gigi itu pun sarankan supaya kami mulakan dengan pemeriksaan gigi yang tidak menggunakan peralatan,” tambahnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Lalu, video tersebut telah mendapat respon baik dari netizen terhadap cara didikan Awal dan Scha itu.
Terdahulu, Scha dan Awal telah mendapat pujian netizen apabila mereka bertegas ketika Lara mahukan beg tangan berjenama.
Video : IG Lara Alana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI