Usahawan sensasi, Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila kali ini berjaya membeli sebuah kereta mewah bagi memudahkan pergerakannya ke hospital untuk tujuan bersalin.
Menerusi Instagram, Liana yang lebih dikenali sebagai Kak KM telah berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan dia sedang meninjau kereta dari jenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan.
“Ini dia kereta baru Kak KM untuk pergi hospital nak pergi beranak insyaAllah,” katanya di dalam video berkenaan.
“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya pula ruangan kapsyen.
Di dalam video sama, Kak KM dilihat merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu bersama suami dan yang turut disaksikan ahli keluarga lainnya.
Video tersebut sudah pun menerima lebih 35,000 tontonan dan pelbagai komen telah ditinggalkan warganet.
Kebanyakannya memuji kereta berona merah itu selain tumpang gembira dengan rezeki untuk bayi yang dikandungnya.
Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli sebelum ini sudah pun memiliki tiga orang cahaya mata.