Berbeza dengan selebriti Malaysia, penyanyi ‘New King of Pop’ Hollywood, Bruno Mars berang di atas pentas kerana terlalu jengkel dan rasa seperti tidak dihormati oleh penonton apabila sibuk berselfie ketika menonton persembahannya.
Menurut sumber, penyanyi tersebut telah memberi hint beberapa kali kepada dua individu di hadapan pentas yang sibuk berselfie untuk berhenti melakukan perkara tersebut.
Namun kedua-dua yang dikatakan salah seorang selebriti di Jepun itu tidak mengendahkannya isyarat-isyarat Bruno sehingga detik memalukan berlaku.
Bagi Bruno, perbuatannya itu tidak melampau kerana ia merupakan salah satu tindakan yang tidak menghormati dirinya yang sedang membuat persembahan.
Huish garang betul kan? Menakutkan ja! Tapi apa cerita sebenarnya?
Okay ini kronologi detik yang berlaku…
MH tidak terkejut perkara seperti ini boleh berlaku kerana diluar negara terlalu kerap berselfie memang boleh mendatangkan kemarahan orang. Mereka tidak seperti budaya Asia yang suka bergambar dan apatah lagi berselfie.
Mereka sangat mementingkan privasi dan tidak sesenangnya berselfie dengan orang asing.
Jadi sekirannya korang akan menghadiri ke konsert Konsert 24K Magic World Tour 9 Mei nanti, rakyat Malaysia dapat mengawal diri dan tingkah laku. Jangan jadi seperti ini.