Kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nursajat.
Tidak hanya foto serta video keakraban keduanya yang diperkatakan, malah secara tak langsung ramai yang cuba mencari siapakah gerangan lelaki kacak terbabit.
Dikenali sebagai Jad Issa sebagaimana akaun yang ‘ditagged’ Sajat di Instagram, lelaki berkenaan difahamkan pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 dan dalam pertandingan tersebut, dia telah memenangi kategori Mr.Photogenic.
Malah momen tersebut turut di muat naik menerusi Instagram rasmi pertandingan itu.
Sementara itu, Mohamed Sandakli telah dimahkotakan sebagai Mr.Lebanon terbaru dalam majlis gala yang dilangsungkan penuh meriah di Hotel Riviera, Beirut oleh bintang sensasi, Haifa Wehbe.
Penyanyi asal Singapura, Nana Karia mendedahkan single terbarunya yang berjudul ‘Meski’ diilhamkan menerusi pengalaman menakutkan yang pernah berlaku didalam hidupnya sebelum ini.
‘Meski’ merupakan lagu hasil kolaborasi Nana bersama penyanyi popular Malaysia, Ezad Lazim.
Menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Hasanah Zakaria, dia pernah hampir kehilangan nyawa sewaktu menjalani pembedahan bagi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Lagu ini sebenarnya ditulis sewaktu pengalaman saya menjalani prosedur ivf untuk kali yang kedua. Selepas tujuh tahun berkahwin, saya masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, saya mencari alternatif dengan membuat iui dan ivf sebanyak dua kali.
“Sewaktu ivf kedua, semasa satu prosedur pembedahan, saya ditidurkan untuk mengeluarkan telur. Ketika itu, saya telah kehilangan nadi dalam 10 saat atau kata lainnya saya tak bernyawa selama 10 saat.
“Bila dah sedar, pakar bedah menasihatkan saya untuk tidak melakukan IVF lagi buat masa sekarang dan berehat dulu dalam masa satu atau dua tahun,” katanya kepada MH.
Penyanyi berusia 42 tahun itu ditemui ketika majlis pelancaran lagu ‘Meski’ yang diadakan di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambahnya lagi, insiden tersebut nyata memberikan tamparan hebat buat suaminya yang jelas sekali takut akan kehilangan isteri tercinta.
Malah, Nana juga mahu suaminya itu untuk meneruskan kehidupan andai umurnya tidak panjang.
“Bila suami diberitahu mengenai insiden kehilangan nadi itu, terus dia tak izinkan saya buat IVF lagi. Dia kata tiada anak pun tak mengapa. Saya melihat dia seperti takut dan tidak boleh terima kalau kehilangan saya. Katanya hanya kita berdua sampai tua pun tak mengapa.
“Saya nampak dia pun macam tak lalu makan bila memikirkaa perkara ini. Beza umur saya dan suami adalah sembilan tahun. Kenyataannya, yang tua akan pergi dahulu. Hal ini membuka topik untuk saya dan suami berbicara tentang kematian.
“Kerana itu saya menulis lagu Meski ini. Saya nak ingatkan dia, kalau saya pergi dulu, saya nak dia teruskan hidup dan jangan meratap. Soal kematian ini memang berat untuk dibincangkan oleh pasangan suami isteri.
“Dalam lirik lagu ini, saya mahu dia terus kuat. Kalau saya tiada nanti dan ditakdirkan dia ditemukan jodoh, kahwin sahajalah. Saya nak dia bahagia,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ezad turut merasakan lagu ini sangat dekat dengan kisah kehidupannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Sebelum ini, kesihatan saya pun agak tidak menentu. Saya pun asyik sakit. Saya juga ada memikirkan yang umurkan saya ni mungkin tak panjang. Tapi tuhan masih beri peluang kepada saya.
“Bila selalu sakit ni, memang adakalanya kita akan bersedih. Saya ada berbincang dengan isteri, kalau saya tiada nanti macam mana dengan keluarga saya. Sekurang-kurangnya saya dapat luahkan apa yang saya rasai melalui lagu ini,” kongsinya.
Terdahulu, Meski kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik video pula boleh ditonton di saluran Youtube Jaybon Music Production.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti terkenal, Ifa Raziah tidak menafikan ada segelintir masyarakat yang pernah mendakwa yang dia kononnya kurang hormat terhadap suami, Mohd Yani Abdul Rahman sebelum ini.
Meski ada segelintir yang menanggap sedemikian terhadap dirinya, Ifa dengan tenang menjawab tanggapan negatif tersebut.
Jelas Ifa, kehidupan yang dilaluinya sangat berbeza dan tidak sama sekali dengan kehidupan orang lain.
“Saya tak nafikan ada segelintir masyarakat akan pandang saya sebagai seorang isteri dan selebriti menganggap saya ini ada rasa hilang hormat pada suami.
“Macam kes saya ni berbeza dengan kehidupan orang lain. Bezanya orang lain pergi kerja saya duduk rumah, orang lain bercuti saya bekerja.
“Kehidupan saya agak berbeza dengan kehidupan orang lain dan tidak sama.
“Suami saya sentiasa berada dengan saya 24 jam di belakang menyokong saya,” katanya.
Dedah penyanyi berusia 46 tahun ini, setiap keputusan dan tindak tanduk yang dilakukan atas arahan serta keizinan suaminya.
“Sebenarnya, apa sahaja tindakan yang saya lakukan adalah atas arahan dia saya bertindak. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
“Cara kehidupan saya tidak sama dengan orang lain, tetapi tidak ada tilmbulnya rasa tidak hormat pada suami.
“Sebab apa yang saya buat adalah restu dan arahan daripada suami saya. Semua suami yang menjaga saya.
“Dia tetap suami saya walau ke mana sahaja pun saya pergi rasa hormat itu tetap ada.
“Pergaduhan yang manja-manja itu biasa lah kadang-kadang, asam garam rumah tangga tetapi akan diselesaikan dengan cara yang berhemah dan baik,” katanya lagi.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha telah berkongsi hal tersebut ketika di undang sebagai tetamu jemputan rancangan Wanita Hari Ini, TV3 bagi membincangkan topik ‘Hilangnya Rasa Hormat Antara Pasangan’ bersama penonton.
Sekadar informasi, Ifa telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman pada tahun 2004.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Shakir Aqili.
Selain Shakir, Ifa turut memilik seorang anak angkat perempuan bernama Sharifah Putri Umairah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...