Seperti tahun-tahun sebelumnya, majalah gaya hidup terkenal, Eh! telah menganjurkan majlis anugerah Eh! Top 20 dan tahun ini, program sama telah dilangsungkan dengan sukses.
Bertempat di di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa, pelbagai anugerah telah diberikan buat pemenang dan rata-rata selebriti yang hadir juga tidak kalah gaya.
Jadi, jom lihat OOTD menarik mereka di acara berkenaan.
Dalam pada itu, majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Ernie Zakri, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.
Sementara itu, penyanyi dan hos popular, Alif Satar telah dinobatkan sebagai Personality Of The Year 2019.
Foto: Instagram Selebriti