Pelitup muka dan mulut Nun Ha milik pasangan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan isterinya, Neelofa habis terjual 220,000 keping sebelum pelancaran rasmi dibuat, baru-baru ini.

Produk terkini keluaran syarikat Markaz Tijaari itu difahamkan mula dijual sejak selasa lalu secara dalam talian.

Menurut Riz, 26, yang juga pendakwah bebas, jualan itu sekali gus membantu 18,000 peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat mereka yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, balu dan ibu tunggal.

“Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat!

Ads

“Sebenarnya, pelitup muka dan mulut ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, tapi kami buka jualan lebih awal. Alhamdulillah, tidak menjangka ia habis terjual dalam tempoh yang singkat.

“Sedikit sebanyak, jualan ini juga membantu peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat kami. Apatah lagi, kebanyakan mereka adalah golongan wanita suri rumah, ibu tunggal dan balu. Jadi, dapatlah menjana pendapatan untuk mereka,” katanya.

“Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat!

Ads

Berkongsi lanjut mereka sudah merancang mengenai produk tersebut sejak hujung tahun lalu lagi.

“Rekaan produk ini empat lapis dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Cuma, untuk fasa pertama pengeluaran kami keluarkan warna putih dulu. Insya-Allah, selepas ini ada banyak warna lagi.

Ads

“Ini adalah idea bersama saya dan isteri. Perancangannya sejak hujung tahun lalu lagi, tapi ‘production’ baru bermula sejak beberapa bulan lalu.

“Semoga produk baharu ini memberi manfaat kepada semua selain harga yang dijual juga mampu milik iaitu RM29.99 untuk 20 keping,” katanya lagi.

“Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat! “Ini Idea Bersama Saya & Isteri, Perancangannya Sejak Hujung Tahun Lalu Lagi,” – Laku Keras, PU Riz Syukur 200,000 ‘Face Mask’ Licin Dalam Masa Singkat!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI