Pelakon dan model, Mimi Lana mengakui perasaannya kini berasa agak bercampur baur lebih-lebih lagi bila mengenangkan mengenai jumlah kes harian Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.
Walau bagaimanapun, Mimi memaklumkan perkara tersebut masih belum melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para petugas barisan hadapan.
“Completed my duty today! Tbh, hari ni saya nak keluar bekerja saya sangat takut memikirkan cases yang banyak everyday. Dalam kepala ni macam macam saya fikir.
“Tapi bila saya bayangkan penat lelah frontliners yang bertarung dengan pesakit COVID-19 sejak pandemic ni saya gagahkan diri jugak keluar untuk membantu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, Masih Ada Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mimi turut menyifatkan ketika ini bukanlah waktu yang sesuai untuk semua pihak bertelagah sebalik kita semua harus berganding bahu dalam mendepani wabak ini.
“Saya berharap sangat kita semua dapat selesaikan dua dose vaccine secepat yang mungkin. Everyday case makin naik.. Hospital dah penuh, Ambulance pun tak cukup.
“Sekarang ni dah bukan masa kita nak bergaduh ataupun salahkan sesama sendiri, gantikan perasaan tu dengan cara bagi kesedaran kepada semua orang untuk daftar, pergi vaccine dan alert dengan vaccine appointment mereka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mimi turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menyebarkan mengenai kebaikkan vaksin agar negara kita dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Ini je cara kita nak membantu negara Kita yang tengah tenat sekarang ni. Kepada yang risau tentang orang tua anda untuk divaccine jangan risau kami di sini semua sedia membantu dan menjaga mereka.
“Saya nak ucap Terima kasih dan Taniah jugak kepada semua yang telah divaccine! I’m so proud of you. Semoga urusan Kita semua dipermudahkan,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan pandangan yang sama malah mereka juga turut memuji usaha yang ditunjukkan oleh Mimi yang sentiasa komited dalam melakukan kerja-kerja sukarelawan ini.
“So amazed by you Mimi.
“Congrats sis, you’re so awesome.
“Amazing you’re doing a wonderful job.
“Amin..May Allah bless and protects you.
“Thank you for doing this, Im so proud of you,” antara reaksi-reaksi yang diberikan netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Mimi Lana