Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie bersyukur selepas penjualan tiket bagi konsert Wings The Rock Emperor berjalan seperti yang diharapkan.
Meskipun mendapat tentangan daripada segelintir pihak yang kurang senang dengan sebarang penganjuran aktiviti seni saat ini, Awie mendedahkan tiket sudah pun terjual hampir 80 peratus.
“Alhamdulillah penjualan tiket sudah menjangkau 80 peratus. Agak laju juga. Namun, bila ada yang memainkan sentimen konsert-konsert daripada band luar, artis tempatan juga terbabit.
“Isu ini yang membuatkan orang ramai ragu-ragu nak menghadirkan diri ke konsert kami. Syukur penjualan tiket masih berjalan lancar,” katanya kepada MH.
Terdahulu, ramai yang beranggapan penganjuran konsert pasa saat ini agak kurang sesuai berikutan konflik peperangan yang sedang berlaku di negara Islam, Palestin.
Ads
Mengulas mengenai isu tersebut, Awie menyifatkan penganjuran program seni merupakan salah satu cara mereka mencari rezeki buat keluarga.
“Saya mengharapkan agar rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah pekerjaan yang harus kami teruskan.
“Ini adalah perang dan jihad kami kepada keluarga yang perlu kami sediakan makanan dan kasih sayang.
“Kami tiada pekerjaan lain. Kerja kami hanya menyanyi dan bermain muzik. Jadi, kami tak boleh nak tangguh atau batalkan.
Ads
“Kehidupan harus diteruskan. Apapun, jiwa kami tetap bersama dengan Palestin. Kita juga akan nyanyikan sebuah lagu khas demi Palestin. Malah, akan sesi bacaan doa juga di atas pentas itu nanti,” ujarnya lagi.
Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman berkata sedemikian ketika sesi latihan Wings dan kenduri doa selamat di studio miliknya di Taman Hillview, Ampang pada Isnin.
Sementara itu, Awie turut mendedahkan konsep konsert ini juga bakal mempunyai sedikit kelainan berbanding konsert di Singapura sebelum ini.
Ads
Malah, mereka juga akan membawakan lagu-lagu cover yang sering mereka mainkan sejak 38 tahun yang lalu.
“Kami akan bawakan lagu-lagu daripada band-band lagenda dunia diantaranya daripada kumpulan Scorpion, Loudness, Deep Purple dan Cinderella.
“Kami pernah menumpang untuk menyanyikan lagu-lagu mereka satu ketika dahulu sebelum kita ada album dan lagu sendiri.
“Kita akan mengimbau kembali kenangan dan nostalgia 38 tahun dahulu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Iman Troy mengakui berasa sangat teruja selepas memaklumkan dia telah lulus dengan jayanya dalam ujian memandu yang didudukinya baru-baru ini.
Rasa teruja itu dikongsikan oleh Iman atau nama sebenarnya, Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“3/5/2021 – i requested to take a selfie to show my parents about my new achievement! yes guys, I passed my driving test,” tulisnya.
Jelas Iman, dia juga sempat untuk bergambar bersama pegawai pemeriksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda kenang-kanangan dan juga buat tatapan kedua ibu banyanya.
Dalam pada itu, Iman turut mendedahkan dia juga ada menulis beberapa nota di bahagian tapak tangannya kemudian dipadam sebaik sahaja sebelum menduduki ujian tersebut.
“Slide left to see some random pictures! ( i tulis kat tangan sebab takda buku, don’t worry before test i basuh) stay safe everyone! Love ya,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut menasihati Iman supaya memandu dengan berhati-hati selepas ini.
Dalam perkembangan lain, lagu raya terbaru nyanyian Iman yang berjudul Pejam Celik Hari Raya telah pun meraih hampir 5 juta tontonan di laman Youtube selepas kurang sebulan ia dilancarkan.
Sumber: Instagram Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Anzalna ada memaklumkan dia bakal berangkat ke Dubai, Paris dan London untuk bercuti selain melakukan beberapa projek komersial di sana.
Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah ahli keluarga termasuk suami dan anaknya, Eidress yang kini mencecah usia tiga bulan.
Anzalna sebelum ini ada berkongsi bahawa ia merupakan pengalaman pertama anak sulungnya itu ke luar negara.
“Last year, Eidrees dalam perut mummy waktu di Paris. This year, mummy bawa Eidrees pergi tengok rupa Paris macam mana,” jelasnya menerusi akaun Instagram anak.
Lalu, tempoh perjalanan yang panjang tentunya turur merisaukan ibu bapa khasnya yang memiliki anak kecil. Atas alasan ini ramai ibu bapa ‘kurang berminat’ untuk membawa anak melancong ke luar negara.
Bagimanapun, situasinya nyata berbeza dengan anak sulung pelakon ini, apabila Eidrees tampak ‘okay’ dan tenang sepanjang perjalanan, seperti mana yang dimaklumkan si ibu.
“Travelling with Mohamad Eidrees was easier than I ever imagined. Boarding the flight, Eidrees was so happy! He laughed and smiled all the time. Menangis? Of course ada! Tapi sebab nak susu. I’m blessed to have such a good baby. Alhamdulillah,” ujar isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki ini lagi.
“Saya sentiasa menyokong, berada di belakang dia.” Demikian kata bekas isteri aktor Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila ketika memberi respon susulan penahanan reman pelakon berkenaan ekoran dakwaan memukul penghuni kondominium, baru-baru ini.
Menurut Nabila, dia sudah pun mengetahui cerita penuh daripada pihak Sharnaaz, namun dia akui mengakui terkejut pada awalnya ketika mengetahui berita terbabit.
“Ketika mendengar mengenai insiden itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.
“Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak boleh nak ulas atau komen lebih lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.
“Cuma walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.
Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.
Sementara itu, Nabila mendedahkan Sharnaaz menitiskan air mata apabila bertemu Jebat selepas direman.
“Sharnaaz hantar video dia bertemu anak kepada saya selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.
“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.
Sharnaaz yang juga penghuni di kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...