Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya selepas stesen radio, Suria FM berjaya mendaki tangga ketiga sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia.

Berkongsi perbualan bersama anak perempuannya, Adurra Zulkifli atau lebih mesra disapa Oddah, Shahirah memberitahu, ini merupakan kali pertama dia merasai nikmat kemenangan sepanjang bergelar penyampai radio.

Sedar posisinya sebagai pelawak, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini akui bersyukur diatas pencapaian tersebut.

“Oddah, mak kamu ni kerja deejay tahu. Pelawak-pelawak ini diambil menjadi deejay sebab nak masuk bertanding. Namun, tidak dilupakan juga deejay-deejay yang bagus dan petah bercakap kebanyakkan mereka ada di RTM.

“Kami yang pelawak ini hanyalah sebagai penghibur. Bagus atau tidak, mak pun tak tahu. Tapi alhamdulilah Oddah, selama mak kamu bekerja, ini pertama kali mak kamu rasa menang.

“Mak tak pernah menang sebab mak bekerja dengan orang yang suka bersaing. Bila stesen radio itu menang, mak pun tumpang menang sekali. Mak kamu pun rasa tenang. Oh, macam ni rasanya bila menang,” katanya.

Video perbualan tersebut dikongsikan oleh Shahirah menerusi entri terkini di Instagram.

Ads

“Ini Kali Pertama Mak Kamu Rasa Menang,” – Suria FM Nombor 3 Terbaik, Luahan Sharifah Shahirah Kepada Oddah Buat Ramai Tersentuh

Tambahnya lagi, pencapaian tersebut merupakan berkat kerja keras semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik buat stesen radio Suria FM.

“Walaupun dapat nombor tiga, tapi kami selalu cakap yang kami ini nombor satu. Kami memang suka berangan. Mungkin lama-lama nanti hajat itu dimakbulkan insyaAllah.

“Tahniah Suria FM. Semua penat bekerja tu. Semua banyak solat dan berdoa. Kerja pun betul-betul. Disitu datangnya berkat,” ujarnya lagi.

Ads

“Ini Kali Pertama Mak Kamu Rasa Menang,” – Suria FM Nombor 3 Terbaik, Luahan Sharifah Shahirah Kepada Oddah Buat Ramai Tersentuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tersentuh mendengar perbualan tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah Shahirah

“Akaklah nadi Suria,” komen pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro.

“Tahniah kakak. Syukur ya Allah alhamdulilah,” balas Shuib Sepahtu.

Ads

“Akak nangis ke tu. Bengkak je mata. Alhamdulilah yayy,” kata penyampai radio, Feeya Iskandar.

“Tahniah kak. Alhamdulillah akak layak gembira dengan kemenangan ini. Akak ikon. Nasib baik jauh, kalau dekat nak peluk akak ni,” balas isteri Ajak, Afifa Hanim.

“Ini Kali Pertama Mak Kamu Rasa Menang,” – Suria FM Nombor 3 Terbaik, Luahan Sharifah Shahirah Kepada Oddah Buat Ramai Tersentuh

Terdahulu, Shahirah merupakan penyampai bagi segmen Suria Petang bersama gandingannya, Tyzo.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Suria FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI