Penyanyi Datin Alyah terharu apabila buat pertama kalinya, dia dilantik sebagai duta kempen Buffet Sentuhan Ramadan Hotel Tenera, Bangi sepanjang Ramadan ini.

Lebih bermakna, Alyah, 42, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menjelaskan tawaran sebagai wajah wakilan itu diterimanya selepas terlibat dalam bidang seni lebih 20 tahun lalu.

Malah kunjungannya ke hotel terkemuka itu tahun lalu bagi berbuka puasa membawa kepada kerjasama yang baik ini.

“Sepanjang terlibat dalam seni, ini kali pertama seumur hidup saya dipilih sebagai duta bersempena dengan kempen buffet Ramadan. Tak pernah saya terfikirkan.

“Apabila tawaran ini hadir, saya sambut dan terima dengan rasa syukur dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya akan turut serta pada hari tertentu sekaligus mengambil kesempatan untuk menghiburkan pengunjung,” katanya kepada MH.

Alyah berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Kempen Buffet Sentuhan Ramadan 2023 Hotel Tenera, baru-baru ini.

Ads

Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini juga bagaimanapun akui, tawaran yang diterima cukup bermakna.

“Semestinya ia satu tanggjungjawab yang besar. Saya terharu dan jujurnya rasa seronok menerima tawaran pihak Hotel Tenera kerana bulan Ramadan menjadi tumpuan kita untuk mengumpul pahala.

“Jadi apabila kita bercakap mengenai waktu berbuka, tak dinafikan akan ada yang sibuk fikir nak buka dengan menu apa dan sebagainya. Namun di sini, insya-Allah kita tak akan terlepas momen Ramadan itu.

“Selain juadahnya yang beraneka dengan pakej yang realistik, Hotel Tenera turut tersedia ruang solat Maghrib dan terawih yang selesa. Ketika inilah juga orang kata nak kumpul pahala.

Ads

“Itu antara sebab yang buatkan saya tertarik, selepas merasai sendiri pengalaman ketika berbuka puasa di sini tahun lalu. Malah saya turut bawa ibu dan paling saya utamakan adalah keselesaannya juga,” katanya lagi.

“Ini Kali Pertama Seumur Hidup…,” – Rezeki Ramadan Alyah, ‘Penyeri’ Kempen Sentuhan Ramadan Hotel Tenera “Ini Kali Pertama Seumur Hidup…,” – Rezeki Ramadan Alyah, ‘Penyeri’ Kempen Sentuhan Ramadan Hotel Tenera “Ini Kali Pertama Seumur Hidup…,” – Rezeki Ramadan Alyah, ‘Penyeri’ Kempen Sentuhan Ramadan Hotel Tenera“Ini Kali Pertama Seumur Hidup…,” – Rezeki Ramadan Alyah, ‘Penyeri’ Kempen Sentuhan Ramadan Hotel Tenera

Dalam pada itu, dengan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat, Hotel Tenera optimis mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk kanak kanak.

Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan promosi itu berlangsung sehingga 28 Februari ini.

Ads

Harga tersebut dilihat berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu terdiri daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hinggalah kepada minuman sejuk dan panas.

“Kami mengunjurkan kira-kira 800 pengunjung sehari yang hadir berbuka puasa di sini dan sepanjang 26 bari jualan pada bulan tersebut, ia dianggarkan kira-kira 17,000 pelanggan.

“Jumiah sasaran ini boleh dicapal memandangkan kami memiliki rekod yang balk dalam menghidangkan juadah berbuka puasa sebelum ini” katanya yang turut berbesar hati atas kesudian penyanyi Thank You Allah itu untuk bersama-sama mereka tahun ini.

Dalam pada itu, konsep gerai-gerai dalam menyajikan lauk pauk masih lagi diteruskan. Informasi lanjut mengenai buffet berkenaan boleh diperolehi menerusi di laman media sosial Hotel Tenera dan Alyah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI