Selepas teruk dikecam netizen gara-gara meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah sewaktu pergi ke Pulau Pinang atas urusan kerja, pempengaruh dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril menyifatkan insiden tersebut sebagai pengajaran terbesar sepanjang bergelar ‘content creator’.
Menurut Dr. Say, dia amat menghargai setiap komen yang diberikan dan akan lebih mengutamakan soal keluarga selepas ini.
“Saya anggap insiden yang berlaku kepada saya baru-baru ini ada hikmahnya. Sepanjang tujuh tahun jadi full time content creator, ini kali pertama yang saya dapat kecaman paling teruk dalam hidup saya.
“Kecaman dari semua arah baik FB, IG, Tiktok dan paling teruk di X. Tapi saya hargai setiap komen yang dilontarkan dan saya jumpa hikmah insiden ni.
“Yang paling penting adalah untuk pastikan keutamaan saya. Saya sepatutnya mengutamakan keluarga terutamanya anak-anak berbanding perkara lain di dunia ini,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Pada masa sama, Dr. Say turut menegaskan dirinya tidak akan patah semangat untuk terus menjadi pembikin konten meskipun dikritik hebat netizen.
“Ada yang nasihatkan saya untuk berehat seketika daripada media sosial tapi platform ini adalah diari dan saya tidak akan berhenti untuk terus mencipta memori.
“Saya telah mendapat pengajaran melalui cara yang sangat keras dan saya akan menggunakan pengajaran itu untuk menjadi bapa yang lebih baik buat anak-anak saya,” kongsinya lagi.
Ads
Pada masa sama, Dr. Say memaklumkan dirinya tidak terasa hati sebaliknya faham bila ada segelintir pihak yang berhenti menjadi pengikutnya di media sosial.
“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya dan jika ada yg sudah unfollow saya, saya faham hak dan pilihan masing-masing.
“Sekali lagi daripada lubuk hati yang terdalam, terima kasih diatas teguran anda. Saya sangat menghargainya,” akhirinya.
Ads
Baru-baru, Dr. Say mendedahkan pembantu rumahnya itu sekali menimbulkan masalah apabila didakwa melakukan keganasan dan kekasaran terhadap anak ketiganya yang berusia 10 bulan.
Perbuatan pembantu rumah itu dirakam menerusi kamera litar tertutup di ruang tamu rumahnya.
Lebih mengejutkan, insiden tersebut berlaku kurang empat bulan selepas pembantu rumah sama ditangkap kerana membawa dua lelaki tidak dikenali masuk ke rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampain radio, Dj Lin yang kini sedang berada di Tanah Suci, Mekah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Dj Lin turut mendoakan semoga kakak ipar dan anak-anaknya diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
“Al-Fatihah untuk arwah abang saya tersayang, Mohd Yusof bin Abdul majid yang baru saja menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 pagi tadi (waktu Malaysia).
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Kak Norli dan anak-anak tabah menerima ketentuan Allah yang lebih menyayangi arwah,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM itu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dengan abangnya itu sebelum jenazahnya dikebumikan.
“Selamat jalan Usop. Insyaallah di satu ketika kita pasti akan bertemu kembali di alam sana. Maaf sebab tak dapat berada di sisi jenazahmu hanya doa yang mampu aku panjatkan dari bumi Madinah untukmu.
“Dari 10 beradik kini kami tinggal 8 beradik je,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip kata-kata seman dan ucapan takziah buat seluruh keluarga Dj Lin.
Terdahulu, Dj Lin memaklumkan dirinya kini akan menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah selepas beberapa hari berada di Madinah.
Dj Lin telah berangkat untuk menunaikan umrah ketika awal Ramadan pada 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita penahanan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman atas dakwaan menanam pokok ganja di kediamannya mendapat pelbagai reaksi ramai.
Penyanyi rap dan usahawan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, misalnya turut menyuarakan pendapatnya berhubung perkara berkenaan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Caprice berkata daun ganja ialah tumbuhan yang dapat membantu pelbagai jenis penyakit seperti mana yang telah diperakui menerusi beberapa kajian yang dilakukan saintis.
“First of all, ini pendapat peribadi saya.Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh saintis untuk bantu orang yang ada masalah anxiety, bipolar dan penyakit kanser,” katanya.
Dalam video sama, Caprice turut mengepilkan laporan akhbar mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia sedia bantu mengkaji kebaikan ganja.
“Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia dan big boss YB Khairy Jamaludin kerana mempertimbangkannya,” tulisnya.
Terdahulu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebab maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.
Sekadar info, negara seperti Belanda, Australia, Brazil, Kanada dan Jerman telah membenarkan pengunaan ganja dalam bidang perubatan bagi merawat penyakit seperti gangguan saraf, autisme, kemurungan, parkinson dan kanser.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu, Nur Risteena dan Isa Khan masih dalam perancangan untuk membina mahligai bersama.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mempunyai tarikh spesifik untuk menentukan tarikh bahagia mereka.
Perkara itu dikongsikan Isa menerusi Youtube rasmi, IsaxRis TV dengan durasi selama sembilan minit untuk menjawab persoalan peminat.
“Semuanya dalam perancangan. Kita pun kalau boleh tak nak bertunang lama-lama.
“Namun, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
“Tambahan pula, saya sebagai pihak lelaki. Insyallah, tahun 2020 ini menjadi tahun yang baik dan tiada halangan.
“Jika tiada aral melintang, saya akan halalkan si dia (Risteena),”kata Isa jujur.
Malah, Risteena menyifatkan bahawa Isa seorang yang ‘gentleman’ dan romantik kerana berani melamar dirinya di Bali, Indonesia tahun lalu.
“Perkara yang paling membuatkan saya tersentuh apabila Isa melamar saya di Bali. Sejujurnya, saya tidak pernah merasa momen sedemikian dan itu merupakan sejarah pertama bagi saya.
“Malah, Isa merupakan lelaki pertama dan terakhir melakukan momen bahagia kepada saya.
“Sebelum ini saya ada memasang impian agar ada seseorang yang membuat perkara berkenaan, ternyata impian saya tercapai dan jejaka itu adalah Isa Khan,” jujur Risteena.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Ikuti video penuh di bawah;
Video : Youtube IsaxRis TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...