Melayangkan status di laman Twitter, kelihatan beberapa keping foto memperlihatkan Datuk Seri Mohd Najib diserbu netizen sehingga menyebabkan pasaraya tersebut sesak semata-mata netizen mahu merakam gambar pemimpin itu.
Najib menerusi Twitter menyatakan dia hanya mahu membeli barang dapur, namun hairan mengapa begitu ramai netizen mengekorinya.
“Saya pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya? ?”
Ads
Saya pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya? ? pic.twitter.com/tUuOWhFc1g
Hanya mengenakan persalinan ringkas iaitu berbaju kolar hitam dipadankan dengan baju panas berwarna hitam, netizen di Semenyih nyata begitu teruja dengan ‘bosku’.
Ads
Netizen yang berada di tempat kejadian turut meninggalkan komen berharap bekas Perdana Menteri ini berpuas hati dengan layanan mereka sebentar tadi.
Mereka turut berkongsi klip video sewaktu lawatan Najib ke sana. Suasana riuh dengan jeritan ‘hidup bosku’ dan ‘malu apa bosku’.
Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah pun meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 bersama teman rapat termasuklah penyanyi, Raja Syahiran.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Uyaina ada berkongsi beberapa foto selain turut menitipkan ucapan istimewa buat Syahiran.
Menurut Uyaina, Syahiran merupakan individu yang paling romantis pernah dia kenali dan sangat mengambil berat mengenai dirinya.
“Before today ends, I would like to say thank you to this beautiful soul over here. For being the sweetest, most caring person I’ve ever known.
“I thank you for sharing with me your heart of gold and I wish you all the happiness, success, health & wealth,” tulisnya.
Jelas pelakon drama, Perempuan Tanpa Dosa itu lagi, dia menitipkan doa semoga Syahiran sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
“You are truly an angel sent from above. Semoga sentiasa berada dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik untuk keluarga. Thank you, Kiev!,” kongsinya lagi.
Selain menitipkan kata-kata manis, Uyaina turut dilihat meletak nama Instagram Syahiran tepat di hatinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pasangan ini sangat sepadan selain turut mendoakan semoga Uyaina dan Syahiran agar dipertemukan jodoh.
Malah, ada juga diantara netizen yang sempat mengusik berharap agar pasangan ini segera berkahwin.
Khabar angin mengenai pasangan ini mula bertiup kencang selepas mereka berdua dilihat hadir bersama ke majlis resepsi perkahwinan pelakon, Mira Filzah dengan mengenakan pakaian sedondon.
Malah, sebelum ini , Uyaina turut mengakui dia kini sendang mengenali hati budi bekas peserta program Dansa Dan Sing itu.
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap tahun, penganjuran Anugerah Juara Lagu pasti memberi 1001 kelainan dan momen tersendiri dalam kalendar seni hiburan lokal.
Barisan lagu yang dipertandingankan, gimik serta konsep pentas itu sendiri menjadikan ia sebagai antara anugerah muzik paling berprestij, seiring dengan kematangan usia penganjurannya.
Malam ini, sebuah lagi lagu bakal mengisi senarai pemenang di AJL dan pastinya, pencinta muzik Malaysia tak sabar untuk menontonnya secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil di TV3 jam 9.00 malam.
Apa pun, ini dia antara sebab AJL edisi ke 33 memang berbaloi untuk ditonton!
Kisah Sebalik Lagu Di Matamu
Umum pastinya sedia tahu kisah percintaan yang berlaku buat si penyanyinya, Sufian Suhaimi yang terputus di pertengahan jalan. Lalu pastinya, malam ini buat pertama kali Sufian bakal mengalunkan lagu berkenaan dalam suasana paling emosi, bersama penataan skor muzik yang lebih besar. Kalau pun lagu tersebut tiada kena mengena dengan kisah hidupnya, apakah gimik yang akan dipersembahkan Pian? Kami sudah pun lihat… kalian tunggu malam ni ok!
Pertama Kali Di AJL
Tahun ini, kelibat dua penyanyi senior yang pertama kali menyertai AJL bagai memberi sinar dan seri buat pertandingan ini. Sarah dan Siti Nordiana masing-masing menerusi Semakin dan Nisan Cinta pastinya mahu memberikan yang terbaik. Meski Nana pernah membuat persembahan di AJL, namun senarionya pasti ada beza kerana dahulunya, dia adalah sebagai penyanyi gantian, menggantikan penyanyi Syura ketika itu.
Lagu Tema Drama Paling Popular!
Tak Pernah Hilang, persembahan duet antara Amylia dan Kaer mungkin menjadi lagu runut bunyi drama paling sinonim dengan pencinta seni kita, tahun lalu. Fenomena yang berlaku pada drama Nur dan disokong dengan lagu sebaik Tak Pernah Hilang menjadi senjata paling ampuh buat mereka untuk menjanjikan persembahan terbaik malam ini!
Saingan Vokal Penyanyi Lelaki & Wanita
Tahun ini juga menyaksikan beberapa power house vokal turut bersaing menerusi lagu bawaan masing-masing. Jika tahun lalu gelaran vokal disandang Erni Zakri dan Syamel menerusi Aku Cinta, jadi tahun ini jadi milik siapa? Syamel kekal bersaing tahun ini, tetapi finalis lain pun tak kurang hebatnya!
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan persiangan sengit 12 lagu terbaik yang dipilih juri profesional malam ini okay!
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena pembukaan rasmi jualan tiket konsert Amy Search Magic yang bermula semalam, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana khas bagi peminat yang bakal menghadiri konsert berprestij tersebut.
Konsert solo sulung figura hebat ini dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.
Mengangkat tema ‘Rock It Like Amy’, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, senang sekiranya peminat untuk tampil dalam gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock.
Penghormatan Kepada Evolusi Muzik Rock
Menurut Amy, tema tersebut bukan sekadar pilihan gaya berpakaian tetapi simbol penghormatan terhadap evolusi muzik rock serta perjalanan seninya yang menjangkau lebih empat dekad.
“Saya berharap peminat dapat memeriahkan konsert ini dengan penampilan yang meraikan jiwa rock sejati,” katanya.
“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.
“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.
Mahu Cipta Memori Manis
Amy menambah, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.
“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya lagi.
Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual dan harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.