“Ini Macam Sekali Punya Jaga Ka?,” – Ditegur Lelaki Sewaktu Bawa Anak Beli Keperluan Raya, Lufya Omar Kongsi Kongsi Cerita

Share

Penyanyi Lufya Omar berkongsi kisah sewaktu membawa anaknya, Laana Haura keluar untuk mencari barangan keperluan dan barangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jelas Lufya, disebabkan tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya, dia terpaksa mengambil risiko membawa si kecil keluar bersama, namun dengan mengambil langkah keselamatan yang lengkap.

Walau bagaimanapun, tindakannya mendapat perhatian seorang lelaki yang kemudiannya menegur langkah yang diambil.

“Al kisahnya semalam keluar bawak Haura nak cari barang-barang keperluan dan baju raya anak. Ikutkan taknak bawak pun dia keluar dah takde sapa jaga so bawak la si kecik ni siap promise2 taknak bukak cap & mask die.

“Nak dijadikan cerita dtg seorang Chinese Man dengan tak pakai mask.

“Dia tanya: wahhh ini macam sekali punya jaga ka?

“Sis pun jawab la: Extra precaution dari orang macam u hahahahaha… (dalam hati) sambil flip tudung.

“P/s cap shield for kids ni boleh didapatkan di IG @ustajahnaie,” kongsinya.

Tindakannya mendapat pujian rata-rata netizen yang mengatakan langkah keselamatan cukup penting demi mengelakkan sebarang jangkitan.

Foto : Instagram Lufya Omar

Published by
Noraini Abd Wahab