Meski Azwan Ali sudah pun melakukan permohonan olehnya sewaktu di sidang media sebelum ini atau isu yang terkait, namun Datuk Seri Vida tetap dengan pendirian untuk meneruskan tuntutan saman malu ke atasnya.
Tidak mahu lagi membuka mulut berbicara soal yang telahpun diserahkan kepada peguam, jelas Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva AA, dia percaya Vida akan bersikap terbuka dan satu pertemuan antara kedua-duanya boleh dilakukan bagi menyelesaikan konflik.
“Ini merupakan kenyataan pertama daripada saya selepas Datuk Seri Vida (DSV) menyatakan hasrat untuk meneruskan tuntutan saman.
“Saya pun tidak mahu mengeruhkan keadaan dan apa yang boleh katakan, semua sedang diusahakan dengan pihak peguam.
“Saya percaya DSV akan bersikap terbuka dan semoga ada jalan terbaik untuk menemukan kami.
“Kita jangan berfikiran negatif kerana apa pun yang dibuat akan mendapat keputusan yang negatif. Apa sahaja tindakannya, saya akan terima. Itu hak DSV dan peguamnya.
“Pada bahagian saya pula, saya percaya peguam yang dilantik akan membuat penyelesaian yang terbaik dan harapan saya secara peribadi kepada Vida, Cik B dan semua, kita berserah kepada Yang Maha Esa,” jelasnya kepada MH.
Malah, pengacara ini turut memohon agar netizen tidak lagi memburukkan keadaan dengan meninggalkan komen berbaur negatif.
“Kita tidak perlu mengata kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Sebenarnya saya tidak mengikuti perkembangan terkini kerana terlalu sibuk, cuma kepada penyokong kedua belah pihak, saya mahu tegaskan, ingatlah ini akan menjadi pengarajan agar kita menjadi lebih dewasa. Janganlah dilaga-lagakan,” terangnya lagi.
Permohonan maaf yang dilakukan pada sidang media didakwa tidak ikhlas, namun empunya diri juga tidak mahu lagi mengulas apa yang sudah berlaku.
“Saya tidak mahu lagi komen dan biarlah ia berlalu begitu. DSV ada hak untuk melihat apa yang berlaku daripada semua sudut.
“Saya hanya mengikut peguam, biarlah mereka melakukan tugas jika tuntutan sudah pun berlaku. Semua orang tahu, saya merupakan seorang peguam dan tidak perlu gundah gulana kerana semua ada prosedur.
“Saya perlu hormat kerana isu ini sudah menjadi kes mahkamah. Tiada komen daripada saya kerana ia akan menganggu perjalanan kes. Saya hormat, kita tunggu dan lihat.
“Cara saya senang sahaja, saya tidak membaca semua komen yang ditulis kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan.
“Saya tiada masalah dengan semua pihak, saya harap kebaikan akan berlaku,” katanya reda waima apa keputusan yang bakal berlaku kelak.
Terdahulu, Datuk Seri Vida membuat tuntutan saman malu ke atas Azwan Ali susulan penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik itu serta Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Turut disentuh ialah berapa isu lain dan DSV menerusi sidang media turut meminta Azwan agar memohon maaf selain memadam video atau status yang berkaitan dengan konflik di antara mereka.
Sementara itu, Vida mendakwa, sidang media permohonan maaf yang dilakukan oleh Azwan pada 11 Februari lalu hanya memburukkan keadaan memandangkan ia didakwa seolah-olah tidak dibuat dengan ikhlas.
Ikuti dua sidang media yang terkait di antara DSV dan Azwan Ali di sini;
SIDANG MEDIA TERGEMPAR DIVA AA BERHUBUNG KES KONTROVERSI DATO SERI VIDA
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 11 February 2020
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/819933608524862/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI