Sejak 3 Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali meriah apabila figura muzik tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.
Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti seni, kemunculan album penyanyi yang mesra disapa Dato’ Siti ini datang tepat pada waktunya bagi merancakkan kembali dunia seni.
Album yangmendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital malah album fizikalnya juga laris dijual.
Sempena pelancaran album ini juga, penyanyi ini menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool, pada 21 Julai 2020 lalu.
Manifestival Siti Nurhaliza X HotKoolmerupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM.
Konsert ini turut didukung oleh Unifi sebagai rakan penyiar rasmi dan Donna sebagai rakan media rasmi.
Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini.
Ads
Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Dato’ Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talianberskala besar.
“Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusiperaduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia.
“Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja.
“Namun begitu, ianya masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.
Ads
Sementara itu, Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata Konsert maya tersebut telah memberi satu pengalaman baru kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital.
“Malah peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor 1 Malaysia walaupun tidak berada secara fizikal di situ.
“Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini,” katanya.
Ads
Manakala Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan menjelaskan Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan aksessebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagimenyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool secara maya dan sambutan yang diterima daripada pendengar amat menggalakkan.
“Menerusi kerjasama ini juga,Kool FM telah menjemput Dato Sri Siti Nurhaliza ke studio Kool FM bagi mempromosikan album terbaru beliau iaitu ‘ManifestaSITI2020’,” jelasnya pula.
Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini, Siti menambah iamerupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020.
“Pada masa sama, ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi bersama.
“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalamPerintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya optimis.
Bagi peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool ini secara langsung pada tempohari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKoolyang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 OGOS 2020bermula daripadajam 7 pagi hingga 9 pagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Yayasan Maghfirah menganjurkan Majlis Amal Maghfirah yang menjadi majlis berbuka puasa secara besar-besaran dengan menjemput 300 orang anak yatim, pelajar tahfiz, orang kelainan upaya dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.
Turut hadir memeriahkan majlis termasuk selebriti, antaranya Johan As’ari dan Imam Muda Najdi manakala duta Yayasan Maghfirah, Fedtri Yahya, Azmi Saat, Ustaz Adnin Roslan, serta Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi turut turun padang bagi meraikan mereka dalam majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.
Objektif utama Majlis Amal Maghfirah ini diadakan adalah bagi meraikan mereka disamping ingin memberikan mereka peluang merasai kemeriahan bulan Ramadan dengan juadah berbuka puasa yang sedikit berbeza daripada hari-hari biasa.
“Majlis Amal Maghfirah dimulakan seawal 3 petang dengan sesi pembukaan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Firdaus yang merupakan OKU cacat penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille dan persembahan bercerita oleh anak asnaf pelajar tajaan Kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.
“Seterusnya, majlis iftar pada belah malam pula dirasmikan oleh Datuk Ts Dr. Hj. Amirudin Bin Amir Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar,” kata Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin.
Selain itu, Yayasan Maghfirah juga turut melancarkan projek terbaru iaitu Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah yang akan dibangunkan di Lenggeng, Negeri Sembilan.
“Pusat Latihan dakwah ini bertujuan melahirkan lebih ramai pendakwah mahir dalam segenap lapisan masyarakat, dan juga sukarelawan mahir dan terlatih yang akan terus bersama Yayasan Maghfirah membina dan menyantuni masyarakat di luar sana.
“Melalui projek ini, Yayasan Maghfirah menyasarkan dana sebanyak RM 12 juta bagi perlaksanaan projek fasa pertama sehingga hujung tahun 2023. Semoga segala usaha dan perancangan ini mendapat keberkatan Allah,” katanya lagi.
Untuk menyumbang boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank 562263552802 atau lebih mudah melalui laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penganjuran Makar Fest bukan sekadar sebuah karnival makanan dan gaya hidup, sebaliknya menjadi platform untuk menghargai ikon muzik tanah air.
Menjawab dakwaan kononnya festival ini...