Pelawak, Achey akui tidak menyangka akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta jenis Ford Ranger daripada usahawan jersi, Faris Azri.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, pada awalnya, dia hanya ingin membantu Faris untuk mempromosikan produk jersi keluarannya sehingga meraih sasaran jualan yang diharapkan.
“Allah nak bagi, Allah akan bagi. Datang macam mana, melalui apa dan bagaimana, itu kita sendiri tak jangka.
“Dengan niat aku bantu dia promosi gila-gila di beberapa tempat untuk mencapai apa yang dia inginkan untuk produk Choii Official. Sampai orang kata bosan tgk media sosial aku asyik Choii sahaja.
“Maafkan saya semua. Saya niat nak bantu dia. Antara sebabnya adalah Team Choii layan saya macam family mereka. Itu sahaja,” tulisnya.
Ads
Luahan itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Achey turut menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghargaan terbesar sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Ini penghargaan yang paling besar yang pernah diberikan kepada saya. Yang lain semuanya daripada pertandingan,” katanya.
Pada masa sama, Achey turut memaklumkan dia sangat senang bekerja bersama Faris dan stafnya kerana menganggapnya sebagai keluarga.
Ads
“Saya ini, selain kerja atau perkhidmatan yang saya jalankan, saya juga memandang suasana kerja saya. Jika mereka inginkan kerja semata-mata, saya akan ikut setiap inci peraturan kerja saya.
“Tapi jika mereka mahukan keluarga kerja, maka lebih dari kerja saya akan buat.
Kenapa? Sebab saya suka suasana positif dan interaksi yang mudah dalam kerja saya.
“Kalau jenis ‘Eh aku dah bayar kau, ikut cakap aku eh?’ Boleh! Ini harga aku dan ini rules aku pula. Haa masa tu memang aku betul-betul artis la.
Ads
“Kau layan aku kawan. Aku akan jadi sahabat. Kau layan aku sempoi. Aku akan jadi keluarga,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah video tular di aplikasi Tik Tok, Faris telah membuat kejutan di sebuah program karnival jualan dengan menhadiahkan Achey sebuah kereta Ford Ranger.
“Yg penting ada garisan katulistiwa disituhhhh,” kapsyen humor yang ditulis penyanyi Merry Go Round ini turut disusuli dengan komen pelbagai dari para peminatnya.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah menjadi tanggungjawab bekas suami untuk memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun sudah bercerai.
Terbaru, pelakon Norman Hakim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah berkongsi gambar perbualan ‘Whatsapp’ bersama isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.
Dalam pada itu, Norman turut memberi nasihat kepada peminat mengenai tanggungjawab nafkah kepada isteri.
“Sekadar berkongsi tips;selain drpd ayah mak,nafkah utk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta2 atau ada bisnes,bekerja & ada pendapatan sendiri.
“Duit dia,duit dia..duit kita,duit dia jugak hak hak,
“Berapa amaun yg diberi takkan ternilai dgn pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak2 kita,betul tak?Yg penting doa tu..,
“doa2 yg ‘deep’ dari lubuk hati yg ikhlas yg sgt2 didambakan olehku utk terus kuat berusaha mencari rezeki yg halal & barakah utk keluarga,
“Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin…Aamiin…Aamiin Ya Rabb Ya Allah,” tulisnya.
Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penularan COVID-19.
Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur.
“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.
“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.
“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.
“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,” pohon Shuib.
Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.
Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.
Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga...