Pelakon Teratai Kemboja dan hos program Mentor Otai, Elly Mazlein memberitahu, dia akan tetap akan memperjuangkan hak nafkah anaknya, Putri Zara Sephia daripada bekas suami, pengarah Azmi Hata.
Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina berkata demikian sebagai mengulas tindakannya yang beberapa kali memuat naik entri beserta kapsyen di Instagram yang merujuk kepada bekas suami mengenai soal hak anaknya yang kini berusia dua tahun setengah itu.
Ditemui MH sejurus selesai program Mentor Otai pada Ahad, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu tidak faham mengapa bekas suaminya itu masih tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang sudah dijanjikan.
“Kadang-kadang saya kesian dekat dia. Sebenarnya, dia dah cukup dewasa. Anak dia dah ramai tau. Dia ada job tetapi kenapa dia tak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Sephia?
“Saya gunakan peguam untuk mendapatkan nafkah bulanan anak. Saya keluarkan duit untuk ambil peguam demi mendapatkan nafkah Sephia RM1500 dan berjaya kita dapatkan. Tetapi sekarang ni dia langsung tak bayar, lepas tu sesuka hati dia nak bayar RM500,” katanya yang turut menegaskan, situasi tersebut sudah pun berlarutan sejak sekian lama.
Ditanya sama ada apa yang dimuat naik menerusi Instagram miliknyai itu mendapat reaksi daripada bekas suami, Elly mengakui dia tidak pasti mengenai hal tersebut.
“Itu saya tidak pasti, tetapi saya hanya menyuarakan haklah. Tak kan saya nak hubungi untuk meminta. Dia sudah cukup dewasakan. Walau bagaimanapun, saya tetap akan perjuangan sampai mati. Saya tak kan biarkan demi mendapatkan hak anak,” luah Elly sambil menitipkan pesan kepada Azmi.
Pesan Elly;
“Anak ni anugerah Allah. Kamu menjalankan tanggungjawab kamu kepada anak kamu, insyaAllah rezeki kamu lagi luas. Jangan kedekut dengan anak sebab ini adalah hak dia dan ini tanggungjawab kamu.
“Percayalah, buang dendam, buang amarah. Sekarang ni hak anak. Bagi nafkah sepatutnya kepada anak,” katanya tegas.