Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan dia pada awalnya ragu-ragu untuk mendedahkan anak, Ana Nayla terhadap bidang komersial, namun bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
Ayda berkata, dia mengenangkan puteri sulungnya itu yang masih kecil dan bimbang sekiranya Nayla sukar menerima situasi proses penggambaran.
“Pada awalnya saya tidak nafikan ada perasaan risau. Sebab bukan senang sebenarnya untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, lebih-lebih lagi anak kecil.
“Bayangkan kalau orang dewasa pun ada rasa penat, apatah lagi bayi. Apa pun saya dan Nabil akan pastikan Nayla berada dalam keadaan baik kalau dia ada terlibat dengan mana-mana komitmen penggambaran bersama kami” katanya.
Percaya rezeki, penyanyi lagu Mata ini bersyukur kerana anaknya itu menjadi pilihan jenama tertentu.
Namun, dia dan suami sepakat untuk selektif sekaligus menetapkan syarat tertentu sekiranya ada label yang berminat menjadikan Nayla sebagai wajah wakilan.
View this post on Instagram
“Nayla bakal menginjak usia dua tahun September ini. Jadi untuk pastikan dia tidak penat atau meragam, kami pastikan dia dapatkan rehat yang cukup.
“Malah dia ada waktu tidurnya sendiri dan penggambaran dihentikan seketika. Pihak produksi memahami dan terbuka dengan cara kami.
“Alhamdulillah juga kerana saya fikir ini rezeki anak dan jenama yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Kami pun memang menggunakan jenama terbabit untuknya.
“Jadi proses penggambaran jadi lebih mudah dan tak panjang. Syukur, setakat ini Nayla beri kerjasama yang baik. Paling penting, kena memainkan lagu kegemarannya ketika sesi berjalan.
“Nayla juga ada akaun bank sejak usianya enam bulan lagi. Semua hasil yang diterima Nayla disimpan dalam akaun tersebut. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan amaun yang diterima dalam setiap kerja kami untuknya juga.
“Ini rezeki dan kami memang menyimpan demi masa depan Nayla. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Ayda ditemui di majlis istimewa jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, Chicco, baru-baru ini yang menyaksikan keluarga ini dipilih sebagai duta mereka.
Pada majlis sama, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’.
Menyifatkan peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda akui menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan khas.
“Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Malah kerjasama yang terjalin bersama Chicco terjadi sejak Nayla lahir lagi kerana kami memang menggunakannya.
“Untuk anak, tidak salah untuk ibu bapa berikan yang terbaik dan sudah tentulah Chicco menjadi pilihan kerana kualitinya,” kata Ayda lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil optimis memberikan penerangan terperinci mengenai penggunaan kereta sorong bayi kegemaran mereka ketika acara berlangsung.
Turut diadakan pada acara sama ialah perkongsian daripada wakil Chicco yang berkongsi mengenai isu keibubapaan dan pengurusan anak kecil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI