“Ini Sangat Tidak Logik,” – Babak Medikal Dalam Drama Melayu, Ini Reaksi Pakar Perubatan, Ada Yang Ketawa!

Share

Tular sebuah video yang menampilkan reaksi sekumpulan pakar perubatan apabila dipertontonkan babak di hospital dalam drama Melayu.

Adengan yang merakamkan seorang pelakon terbaring di atas katil pesakit dengan keadaan intubated (tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan) namun masih mampu berkata-kata.

Hanya tertawa saat melihat babak tersebut, golongan cerdik ini bagaimanapun menafikan babak tersebut dan menyatakan seseorang dalam keadaan sedemikian sepatutnya tidak boleh bercakap.

Kalau dilihat daripada klip ini, wanita ini jelasnya memerlukan mesin yang menghubungkan tiub di dalam mulutnya untuk bernafas, tetapi yang peliknya dia boleh bercakap,” ulas Doktor Liyana Dhamirah yang juga hos untuk My Doctors.

Keadaan ini juga diperakui oleh Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Tulang Belakang, Dr Abd Shukor Mohd Hashim. Ulasnya, sekiranya seseorang mampu berkata-kata, dia tidak memerlukan tiub pernafasan.

“Biasanya pesakit yang intubated, tiub akan dimasukkan ke dalam pita suara ke bronkus. Pesakit tidak mungkin mampu bercakap seperti dalam babak ini.

“Kalau boleh bercakap, kita akan buang tiub tersebut. Kalau daripada segi perubatan, orang yang boleh bercakap sebegini, biasanya dia tidak perlukan tiub ini. Kami akan buka dan biarkan dia bernafas dengan sendiri. Ini sangat tidak logik,”

jelasnya lagi.

Reaksi Doktor di Youtube merupakan program yang menampilkan sekumpulan pakar perubatan untuk memberi pandangan berkaitan babak berunsur perubatan yang terdapat dalam drama dan filem Melayu dan antarabangsa.

Foto : Twitter Anny & Youtube Reaksi Doktor

Published by
Noraini Abd Wahab