Suatu ketika dahulu, beberapa selebriti tanah air pernah memberi kejutan dalam industri hiburan apabila mengumumkan berhijrah ke arqah lebih baik, mengenakan busana patuh syariah, berhijab dan berniqab.
Ini merupakan satu perkembangan positif apabila figura-figura kesayangan ramai ini memilih untuk menjadi role-model kepada para peminat untuk lebih mendalami islam. Antara selebriti yang memilih untuk berniqab adalah, Waheeda, Fynn Jamal, Ina Naim, Diana Amir dan Neelofa.
Malah, penghijrahan selebriti tanah air ini telah membuka mata ramai tentang kepentingan menjaga dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir sejak dua tahun lalu benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
Team MH berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back bersama Hijabista, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
Berniqab Untuk Diri Sendiri, Demi Dapat Redha Allah
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
Ads
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Bagaimana Diana Gapai Istiqamah?
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
Ads
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Ads
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak dua tahun lalu.
Terkesan dengan kisah para sahabat yang sudah dijanjikan syurga namun tetap berusaha memenuhi segala tuntutan Allah membuatkan dirinya sedar bahawa dia juga perlu berusaha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon, Fadzil Zahari memaklumkan isterinya yang juga aktres, Yana Samsudin telah dikejarkan ke hospital di Shah Alam selepas mengalami gejala pening kepala dan muntah-muntah.
Menurut Fadzil, pada mulanya dia menyangka isterinya itu hanya mengalami sakit kepala biasa, namun, setelah mengalami gejala muntah yang agak kerap, hatinya mula berasa risau.
“Adoii… rasa bersalah pulak abang. Semalam masa kami shooting dia cakap sakit kepala, abang cakap satgi bawak pi shopping elok la tu sakit kepala…
“Pastu dia cakap nak termuntah, abang ucap tahniah Puan Yana ini mungkin anak ke 3. Pastu lama sikit, tengok dah lebih 5 kali muntah abang dah ghisau,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan bapa kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tambahnya lagi, Yana juga telah dibawa ke sebuah hospital swasta setelah selesai menjalani satu sesi pengambaran.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati Yana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan punca-punca gejala muntahnya itu masih lagi belum diketahui.
“Siap kerja di KL terus gerak, dekat kul 1am jugak la baru sampai Avisena Shah Alam. Suhu normal, takdak demam, takdak batuk, tak pasti yana food poisoning ka apa.
“Laaa ni dia dok rehat dulu, doakan @yanasamsudin sembuh,” kongsinya lagi.
Melihat di ruagan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Yana lekas sembuh.
“Semoga Yana lekas sembuh.
“Semoga cepat sembuh. Dia suruh bercuti tu.
“Semoga cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
“Cepat sembuh Kak Yong. Jaga elok-elok nah. Mungkin ada silap makan apa-apa tu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Bakal menggabungkan barisan pelawak-pelawak ‘papan atas’ daripada Malaysia dan Indonesia, Ifix Studio dan Mesaton Ventures berbesar hati untuk menganjurkan Konsert Muzika Lawak Nusantara yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2023 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Para peminat berpeluang menyaksikan persembahan daripada pelawak-pelawak hebat Indonesia dengan lebih dekat seperti Sule, Aziz Gagap dan Rina Nose.
Bukan setakat itu, kemunculan semula kumpulan-kumpulan lawak tempatan yang sebelum ini memilih untuk berehat seketika iaitu Bocey dan Zero turut akan menggamatkan lagi suasana konsert itu nanti.
Pengarah Mesaton Ventures, Azroy berkata, objektif utama penganjuran konsert ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelawak disamping mengukuhkan lagi industri komedi antara kedua-dua negara.
“Kami mahu menghargai pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia di mana, pelawak menjadi pemain industri yang dilihat hanya mengisi slot-slot kecil di kaca TV.
“Tujuan utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah bagi mengetengahkan gabungan pelawak ini, sekaligus ingin menjadikan acara ini sebagai satu fenomena untuk industri komedi di antara kedua-dua negara.
“Secara tidak langsung, gabungan ini juga akan menyatu serta mengukuhkan lagi ikatan antara kedua-dua negara,” katanya kepada MH.
“Konsep yang akan kami bawakan juga amat berbeza dengan konsert-konsert lawak yang pernah diadakan sebelum ini. Kita tidak akan hanya menjurus kepada sketsa dan nyanyian semata-mata.
“Banyak lagi elemen kejutan yang akan kami persembahan ketika konsert itu nanti. Saya menjanjikan sketsa-sketsa yang akan dibawakan ketika konsert itu nanti tidak pernah dipertontonkan di mana-mana,” ulasnya.
Sementara itu, pengacara terkenal, Datuk AC Mizal diberikan kepercayaan untuk mengemudi konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu.
Menurut AC Mizal, hos juga merupa elemen yang penting bagi memastikan energi konsert ini sentiasa berada ditahap tertinggi.
“Saya lebih suka barisan pelawak ini tidak boleh dikawal kerana ia akan memudahkan saya untuk menghidup pelbagai suasana ketika konsert itu berlangsung nanti.
“Saya akan pastikan penonton akan sentiasa berada dalam momentun tertinggi kerana ini merupakan konsert yang terbuka dan kurang pantang larangnya.
Tiket Konsert Muzika Lawak Nusantara telah mula dijual pada harga RM128 (Blue Zone), RM188 (Purple, Yellow & Red Zone), RM328 (VIP) & RM368 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Akhirnya tewas… Tiada lagi room service, tiada lagi video call, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV we back together… @markadam1079 itu yang sebenarnya.
“Aturan Allah tu cantik sekali…InsyaAllah Amin,” tulis Norazah pada entri foto tangan mereka berdua yang mengenakan ‘gelang pink’.
Perkongsian tersebut menerima reaksi baik-baik daripada rakan dan pengikutnya yang mendoakan agar suami isteri itu lekas sembuh.
Minggu lalu, Mark disahkan positif virus itu sejurus menjalani ujian saringan, mengalami simptom demam dan hilang deria bau tetapi syukur kerana berada dalam keadaan baik.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...