“Ini Saya Gantikan Thai Hot Guys Dengan Malay Hot Guys, 100% Bumiputera,” – Aqasha Gesa

Share

Pelakon dan penyanyi, Aqasha secara sinis mengkritik usaha segelintir pihak yang cuba mengundang kumpulan penghibur Thailand, Thai Hot Guys ke Malaysia.

Kumpulan tersebut dikatakan terkenal dengan persembahan berahi sambil mengenakan pakaian tidur wanita yang mencolok mata.

Menurut Aqasha, para penganjur acara di negara ini sepatutnya memberi lebih banyak peluang buat bakat-bakat tempatan daripada terlalu mengagungkan artis-artis luar.

“Ini saya gantikan Thai Hot Guys dengan Malay Hot Guys. Seratus peratus bumiputera, patuh syariah dan boleh mengucap,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Embun itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.

Katanya lagi, sekiranya diberikan bayaran yang setimpal, sudah tentu para penggiat seni tempatan ini mampu memberikan persembahan yang terbaik.

“Apalah yang tak kena dengan kita dekat Malaysia ni? Asal orang luar sahaja menggelupur kita nak bawa masuk.

“Cuba belanjakan bajet tersebut pada artis tempatan. Kasi betul-betul bajet esok. InsyaAllah hasilnya elok,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Thai Hot Guys telah diundang ke Malaysia bagi menghadiri acara pembukaan sebuah bar baharu yang terletak ibu kota.

Bagaimanapun, acara yang bakal berlangsung pada 30 Mac ini telah dibatalk selepas mendapat amaran daripada pihak polis.

Mementik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, program itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan penganjur akur untuk membatalkannya.

“Susulan itu penganjur akur untuk membatalkan penganjuran program terbabit.

“Setakat ini, sebanyak 60 laporan polis diterima berkaitan hal tersebut,” katanya seperti yang dipetik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aqasha & Utusan Malaysia

Published by
Aizam Manaf